BAB 3

Drama Completed 2072

Yes! inilah masanya. Kali ini aku takkan terlepas lagi untuk merasa kesedapan cendol Uncle Guna! David menghayun langkahnya selaju mungkin.

Sudah lama dia teringin Makan cendol, tanpa menunggu Shah yang selalunya lembap bergerak macam siput dan Anis yang memang tak hadir ke sekolah hari ini kerana kurang sihat, David terus berlari sekuat hati hingga tercungap-cungap tak cukup nafas sebaik sampai ke gerabak sorong Uncle Guna.

“Uncle, ada lagi tak?” soalnya tercungap-cungap. Uncle Guna merenung David dengan mata terjengil seperti kehilangan seorang pelanggan VIP. Wajahnya berkerut dan mempamerkan jelas kedutan.

“Alah sorry nak. Cendol sudah habis baru sahaja tadi. Kenapa anak lambat?” Tanya Uncle Guna dengan senyuman yang menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun kemas.

Kulitnya gelap dijamah mentari panas dan saban hari dia akan meMakai pakaaian yang sama.

Topi warna khakis yangs sudah lusuh, baju kemeja kotak-kota oversized dan seluar panjang khakis serta kasut kanvas jenama Converse warna putih yang sudah koyak.

“Ayo uncle, saya darjah enamlah. Sebab tu la lambat balik.” jawab David dengan nada hampa dan lemah.

“Oh, no wonderlah.” Balas Uncle Guna perlahan dengan suara garau.

“Frust saya uncle. Saya sudah lama tunggu dan teringin Makan cendol uncle, sudah dekat dua bulan tak dapat rasa.” Luah David tertunduk.

“Aduh kasihan anak ni, okay macam ni, lepas ni Uncle akan tinggalkan sedikit special untuk kamu. Don’t worry, esok Uncle akan bagi kamu rasa,” ujar Uncle Guna tersengih. Riak wajah David masih diam membisu dan longlai. Uncle Guna tahu budak ini begitu hampa sampaikan kata pujuknya itu masih tidak dapat menggembirakannya.

“Malangnya nasib saya.” Luah David masih hampa. Dia masih belum dapat menerima hakikat itu. Punyalah dia lari sampai nak terputus nafas demi untuk merasa cendol itu. Hari ini benar-benar malang. Sudahlah si Anis tak datang sekolah, mommynya pula akan tiba tak lama lagi untuk menjemputnya pulang. Matanya merenung arah pelajar universiti yang sakan berbual.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience