BAB 13

Drama Completed 2072

Uncle ditangkap polis, disoal siasat dan dilayan sebagai pesalah sehingga meringkuk dalam penjara. Firma guaman tempat Uncle bekerja bersungguh-sungguh membantu melawan kes ini dan akhirnya uncle menang dan disabitkan tidak bersalah. Tapi sebaik saja Uncle bebas, Uncle dapati rumah Uncle telah habis dilelong.

Isteri dan anak Uncle juga entah tinggal merempat di mana.” Uncle Guna terhenti lagi dan kelopak matanya berkaca. Dan tak lama kemudian airmata berjuraian dari tubir matanya.

“Meninggal dunia ke uncle?” tanya David sambil menepuk bahu Uncle Guna cuba untuk menenangkannya.

“No, dia masih hidup. Uncle ada tanya pihak bank yang membeli rumah uncle kemudia bertanyakan pada jiran-jiran serta rakan sekerja isteri Uncle. Akhirnya ada antara mereka yang memberitahu bahawa isteri Uncle sudah hijrah ke Australia. Uncle begitu terkejut dan terpukul dengan berita itu.

Ia adalah perkara yang di luar akal uncle, terlalu shock hingga memamtahlan semangat uncle untuk hidup. Selepas itu kehidupan Uncle mula terumbang-ambing. Uncle menjadi gelandangan,berhutang duit dari Ahlong, minum arak dan banyak kali hampir membunuh diri.

Kehidupan uncle berterusan untuk beberapa tahun. Sehinggalah sewaktu Uncle mengemis kaki lima sekitar Chow Kit, seorang sami telah menasihati pak cik. Dia datang melawat uncle setiap hari dan cuba memberi semangat pada Uncle dan semua pengemis di kawasan itu.

Akhirnya Uncle mula menerima akan nasihatnya. Dari situ Uncle cari semula firma guaman tempat Uncle bekerja namun sayangnya syarikat itu sudah berpindah entah ke mana.

Mujur uncle terjumpa seorang tauke restoran makanan laut yang sudi membantu dan memberi pekerjaan kepada uncle. Namun begitu, walaupun Uncle bekerja pasti ada saja along datang mengganggu hingga duit simpanan uncle habis untuk melangsaikan hutang sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience