BAB 2

Drama Completed 2072

“Adoii!” David merasa bagaikan ada tangan yang menarik rambutnya.

Dia menoleh ke belakang dan melihat Karim buat muka tak tahu sambil asyik memandang ke bukunya. Kali ini rambutnya ditarik lagi. Dia berpaling ke kanan dan Astan merenung ke depan papan tanda sambil bersiul.

David mengetap bibirnya. Memang naya dan celaka jadinya kerana dia duduk di tengah-tengah antara Astan dan Karim, dua pembuli tegar.

Dua orang budak itu bukan saja pengacau malah juga sering menghambur kata-kata kesat berunsur perkauman dan cercaan kepadanya.

Sudah habis liur dia meminta jangan diganggu namun dia sereing diganggu oleh dua orang budak setan ni, Mentang-mentanglah dia satu-satunya pelajar Cina di dalam kelas itu.

Astan dan Karim juga suka mencarut dan kini David juga membalasnya dengan carutan. Dia cukup pasti mereka berdua itu juga menonton banyak menonton siri TV Jackass.

Kalau ingin bercertita tentang kawan sekelasnya yang paling rapat orang itu adalah Shah, seorang ulat buku yang berkacamata sepertinya juga. Seorang lagi ialah Anis, pelajar perempuan berambut ikal mayang yang sangat cantik di kelas, bahkan di sekolah ini di mata David.

Dia gemar melihat Anis tatkala membuka hijabnya yang punya senyuman persis pelakon kegemarannya, Cecillia Chung, akan tetapi Anis sudah jarang membuka tudung, namun tetap Anis masih cantik di mata David.

Justeru, David serinag menghabiskan kebanyakan masanya dengan mereka berdua sepanjang di sekolah terutamanya di perpustakaan.

“Kelas bersurai!” Laung Cikgu Inara dan dengan pantas seperti semut yang sedang bekerja, para pelajar segera menurut perintah cikgu Inara.

“Kelas, jangan lupa, siapkan kerja rumah yang saya bagi. Hukan dok peruk buku tu jadi jeruk atau sambal belacan pula” Laung Cikgu Inara lagi untuk mengingatkan pelajarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience