BAB 6

Drama Completed 2072

“Mommy. Where are you? 3pm already why you don’t pick me up yet?”

“Oh poor my David, sorry makwill be late a bit, need to catch a brief meeting and I will pick ypu in 30 minutes time okay?” jawab ibu David.

“What? But why mommy, why so long?”

“I’m in meeting now. Tunggu diam-diam di situ dan jangan pergi ke mana-mana,” arah ibunya lalu mematikan panggilan telefon.. David menggetap bibir menahan rasa marah. Satu persatu benda malang terjadi padanya hari ini.

Dia sudah tidak ada pilihan lagi. Badannya sudah lencun dan berbau dek peluh dan dia sudah lapar. Dia berjalan ke mesin ATM terdekat di seberang jalan dan mengekuarkan wang sejumlah RM50 ringgit.

David kemudian singgah ke McDonalds lalu membeli burger, minuman bekarbonat dan ketang goreng lalu dijamah hingga perutnya puas, hilang lagu keroncong lapar. Usai Makan dia terus menahan teksi dan meminta dihantar ke rumahnya.

Dua puluh minit perjalanan dan akhirnya teksi sudah sampai ke destinasi yang dimintanya. Tambang teksi dari sekolahnya ke Hartamas menelan sebanyak RM20.

David merungut marah kerana terpaksa membelanjakan wang simpanannya dengan membayar tambang semahal itu, andai saja ibunnya menjemputnya pulang. Usai membayar dia terus bergegas ke pintu gerbang rumahnya, sebuah rumah banglo sdua tingkat.

Gah dengan rekaan colonial era British dan bercirikan sentuhan jepun pada hiasan lanskap yang indah menghijau dengan pokok bamboo yang rendang, air terjun dipenuhi ikan koi dan juga garaj besar yang menempatkan beberapa kereta mewah.

David menghampiri wajahnya di pintu gerbang yang tinggi bagai bukit itu lalu mendekapkan matanya pada mesin mengimbas dan tak lama kemudian pagar yang tersergam indah itu terbuka dan seekor anjing berbaka Siberian Husky berlari ke arah David.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience