BAB 5

Drama Completed 2072

“Ayo anak, mana bagus budak-budak sudah pandai mencarut marah-marah,” tegur Uncle Guna.

“Macam mana saya tak marah uncle, cuba tengok Cendol saya sudah tumpah. Siapa mahu ganti? Saya hafal plat numbernya. Saya akan pastikan kalau saya anak cibai itu lain kali saya akan kasi letup kereta dia biar jadi kepulan asap. Saya tak akan diam, saya akan balas dendam,” marah David sambil mengepul penumbuknya.

Uncle Guna nyata terhibur melihat telatah David yang sedang menghabur api amarahnya. Dia menggelengkan kepalanya dan berkata kepada David, “Jangan macam itu nak, itu bukan caera yang betul. Apa patut kamu buat adalah memaafkan dan melupakan.

Boleh jadi pemantu itu mengejar masa kerana ada hal kecemasan contoh dia mahu membuang air besar ka, dia ada meeting ka, atau ada ahli keluarga sakit. Memaafkan adalah satu pembalasan dendam yang terbaik. Beginilah, kamu pulang dulu kasi tenang itu hati dan lupakan apa yang terjadi. Esok kamu datang dan dapatkan cendol kamu ya,” pujuk Uncle Guna tersenyum sambil kepalanya menggosok lembut kepala David.

“Aiyak, apa Uncle dah lupa ke? Esok kan hari jadi Nabi Muhammad, itu Maulidur Rasul. Selepas itu hari sabtu kemudian ahad. Itu berMakna saya perlu tunggu tiga hari dan pada hari Isnin mesti saya akan terlepas lagi,” luah David geram. Uncle Guna terdiam beberapa saat sebelum menyatakan,

“Okay taka pa, kamu boleh datang esok dan uncle akan tunggu kamu di sini seperti biasa, kalau tidak dapat datang esok kita jumpa hari isnin, uncle pasti akan simpan khas untuk kamu ya.” Pujuk Uncle Guna.

“Really uncle? Esok saya boleh datang?” Tanya David beria penuh semangat. Uncle Guna mengangguk berkali-kali sebagai tanda jaminan..

“Sudah pasti, Uncle pergi sekarang ya. Ingat, jangan suka meMaki hamun tak baik, kamu tu muda lagi,” Nasihat Uncle Guna sebelum menolak gerabak sorongnya dan perlahan-lahan beredar meninggalkan tempat itu.

David akhirnya bersendirian sambil duduk di atas bangku dan menghayun kaki hingga tak sedar dia sudah satu jam lamanya namun sehingga kini mommynya masih belum kelihatan. Hairan sungguh hatinya memikirkan kenapa ibunya lewat hari ini. Akhirnya dia membuat panggilan telefon kerana suda tida betah lagi menunggu lama di bawah pancaran matahari terik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience