14

Drama Completed 2072

Gaji itu tidak cukup untuk membayar hutang piutang, jadi uncle mula bercadang untuk bekerja sendiri. Kemudian uncle berhenti kerja dan meminjam semula duit pada along dan berpindah ke Bangi.

Situ, uncle nekad untuk kumpul duit dan akan ke Australia mencari keluarga uncle. Beberapa bulan yang lalu uncle baru berjinak-jinak mengguna komputer dan internet, jadi dapatlah uncle mencari mereka di laman sosial. Syukur, mereka bahagia di sana dan senang. Anak lelaki Uncle bekerja sebagai pensyarah di sebuah university dan anak perempuan uncle sedang belajar dalam bidang perubatan di sana,” jelas uncle Guna bahagia.

“Uncle ada contact mereka ke? bagaimana pula dengan isteri uncle?” tanya David lagi.

“Tak, Uncle tak ada contact mereka. Uncle cuma tengok gambar mereka dengan rasa gembira. Namun isteri uncle sudah meninggal tahun lalu jadi uncle berasa malu dan tak layak menghubungi anak uncle. Lagi pula kehidupan mereka nampak baik tanpa kehadiran uncle. Sehingga hari ini, uncle tidak tahu kenapa isteri uncle berhijarah ke luar negara tapi uncle merasakan itu adalah keputusan yang tepat dan dari situ Uncle mula belajar untuk melupakan dan memaafkan kesilapan Uncle atau mendiang isteri pak cik. Sekarang Uncle cuma mahu menjalani hidup dengan psoitif sahaja, kumpul duit, bayar hutang dan memberi kebahagiaan walau sedikit cuma pada setiap orang dengan hanya semangkuk cendol ini.”

“Wow Uncle. saya tak sangka uncle melalui hidup yang suka seperti ini.” Jelas David selepas mendengar cerita Uncle Guna yang meruntun jiwanya itu. Dia menyedari bahawa kehidupan uncle Guna lebih sukar dari hidupnya dan merasakan betapa bertuahnya dia masih punta keluarga dan kesenangan. Dia tertanya-tanya bagaimana uncle dapat mengarungi pahit maung kehidupan sehariannya sendirian.

Tidak lama kemudian sebuah kereta BMW berhenti di hadapan mereka dan muncul dua orang lelaki Melayu yang kacak dan berpakaian kemas keluar dari perut kereta mewah itu. Seorang daripada mereka berwajah kacak dan mengenakan pakaian persis selebriti Korea dan mendekati gerabak sorong Uncle Guna. Tak semena-mena lelaki itu menendangnya dan melaung, “Oi orang tua hitam legam!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience