BAB 10

Drama Completed 2072

“Apahal nak ke sana? Bukankah hari ini cuti umum. Makingat nak bawa kamu ke rumah AUntie Sally sebab petang ini ada parti harijadi anak dia Albar.” Jelas ibunya.

David masih ingat akan Albar. Budak gemuk yang tak guna itu, sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk gajet terbarunya, selalu mendabik dada dengan koleksi kereta ayahnya dan pakaian barunya tiap kali dia ke rumahnya samalah juga dengan perangai ibunya yang sebijik suka menunjuk kemewahan dan barangan berjenama kepada semua tetamu yang ada antaranya tak ambik pusing dan tak hairan langsung dengan semua itu.

Di mana tumpahnya kuah kalau tak ken nasi kan?

“Kenapa mesti Makpergi ke rumah nenek kebayan itu lagi?” Kata David memandang tajam kepada ibunya. Ibunya tetap tampak cantik walaupun usia hampir menginjak 40an.

Ibunya memiliki rambut ikal yang ditatarias setiap hari di spa berdekatan, tubuh masih seksi selain hampir saban hari mengenakan pakaian yang menampakkan tubuhnya yang menggiurkan.

“Hmm, tak mengapa kalau kamu taknak temankan mommy, I won’t force you,but why you want go to school, did you love school that much?” tanya ibunya kehairanan.

“David kena jumpa kawan sekelas nak bincang hal sekolah untuk kerja rumah berkumpulan yang cikgu bagi. Makboleh hantar?” Tanya David lagi mahu kepastian.

“Yes dear.” Ibunya menatap lama wajah David sebelum menghampiri anaknya, sengaja menggosok-gosok rambut David tadinya rapi itu seraya mengucupnya.

“ish apa ni Mommy, im a grown up young men now.” Luah t David lantas menjauhkan diri dari ibunya. Dia bermuka masam dan memuncungkan bibirnya seperti itik. Dia terasa malu diperlakukan sedemikian walhal dia merasa dirinya sudah dewasa dan matang.

“aiya makin besar makin susah nak cium kamu ni.” Ujar ibunya mencubit pipinya pao David.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience