BAB 21

Romance Completed 5180

Dua tahun masa berlalu. Kerinduan dilepaskan sesampainya Rian dan Rina di Brunei setelah meminta izin kepada Aunty Sarah mereka, saudara yang mengangkat mereka. Sadarnya Rian dari pengsan, Rian membuat satu permintaan untuk pulang ke Brunei untuk sementara. Setelah memohon beberapa kali, Sarah akhirnya membenarkan tetapi dengan syarat Rina harus menemani abangnya yang baru lepas dari hospital.

“Hah, BRUNEI!”

“Hahahaa, yeah, Brunei.”

Seru Rina lemah

Berat hatinya untuk menjejakkan kakinya semula ke bumi tempat lahirnya itu mengenangkan memori luka yang masih berdarah, berharap takkan tersiram air garam, biarlah dia merawat luka itu sendiri, tidak akan dia membiarkan nanah tumbuh membekas lama di hatinya yang kian berkecai itu. Buat abang Rian, biarlah Rina mengalah.

“Hoi! Angan-angan”

“Ah? Mana ada”

“Kalau cam tu, makan lah, ne special order tau, jarang abang bawa Rina KFC”

“Special? Apa la sekadar double cheese burger, abang kedekut!”

“Hahahaa! Siapa kedekut dia yang untung”

“Baru tu”

Sebelum sempat Rian menjawab, dia terlihat sesusuk tubuh yang sangat dikenalinya, sangat dirinduinya. Dia merasa dirinya bodoh, dia sendiri tidak mengerti mengapa banyak-banyak orang, perempuan itu yang dia harus terlupa. Perempuan yang mengubah corak hidupnya, yang menggoyahkan prinsipnya.

“Zana!”

Perempuan yang ditatapnya dari tadi itu menoleh. Begitu terkejutnya perempuan itu sehingga dia terus meluru keluar dari Restoran KFC yang kebetulan ramai pengunjungnya. Rian terkapai-kapai mengejar perempuan itu, manakala Rina hanya mampu terkebil-kebil. Kak Zana? …Asyraff??

Aku rela kau menjauhiku,

Aku rela kau membenciku,

Aku rela kau melupakanku,

Biarkan aku melepas rindu yang berkubu ini,

Biarkan aku menyimpan memori yang tersisa ini,

Izinkan aku menyayangimu,

Kerana aku tulus,

Akan ku kejar hingga ke senja merah di hujung sungai- Rian

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience