BAB 4

Romance Completed 5180

“Bongok!”

Jerit Rina dengan nada yang marah sambil menendang tayar keretanya.

Untuk kesekian kalinya dia mencuba menghidupkan enjin keretanya namun semua usahanya sia-sia sahaja.

“Ah! stupid!”

Kali ini Rina menutup pintu keretanya dengan kuat untuk melepaskan amarahnya.

“Cik adik, kalau adik buat cam tu selalu, alamat hancur kereta”

Kedengaran suara seorang lelaki dari jauh menyapanya. Air wajahnya kelihatan kusut namun masih mampu untuk berjenaka.

“Hahaha! Kereta buat hal, bencilah”

Jawab Rina sambil meleretkan senyuman yang nampak sekali dipaksakan.

“Apa masalahnya?”

“Kalau kita orang tau, kita takkan tunggu-tunggu kat sini sambil menerjang kereta ni”

Pembawaannya agak hangat hari itu.

“Ya tak ya jugak”

Balas lelaki itu sambil menggaru kepalanya tanpa mengambil hati akan sikap Rina.

“Lemme have it check first”

Rina membiarkan lelaki yang tidak dikenalinya itu memeriksa Mr. Donut, nama keretanya. Memang agak keanak-anakan, namun nama itu telah diberi oleh almarhumah ibunya sendiri, Dariah, pada ulang tahunnya yang ke 20 tahun.

“Eii, susah ne”

Lelaki itu akhirnya bersuara

“Ah? Kenapa?”

“Lama tak service agaknye”

Rina mengangguk, maklumlah setelah orang tuanya bercerai, kemudian ibunya pula dijemput ILAHI, disertai dengan ‘kematian’ abangnya, tempat di mana Rina selalu berpaut jika berdepan dengan jalan yang buntu, dia tidak mempunyai cukup wang belanja untuk itu dan ini.

“Pastu, macam mana?”

Tanya Rina bodoh

“Bawa workshoplah, call your family ke to pick you up”

Rina terpaku tanpa kata. Teringat nasibnya, hatinya sebak. Walau masih mempunyai keluarga, namun dia bagaikan hidup sebatang kara. Hanya abangnya sahaja satu-satunya keluarga yang tersisa di dunia ini. Sejak kematian ibunya, seluruh keluarganya, sebelah ibu mahupun sebelah bapa, tidak mengendahkan mereka lagi. Mereka terbuang, tak dihiraukan. Kelihatan kelopak matanya mulai digenangi air mata.

“Eh, ehh, aa..”

Lelaki itu kelihatan panik melihat reaksi Rina.

Segera Rina membuka kacamatanya untuk mengelap air mata yang sudah pun membasahi pipinya.

“Sorry. I’m okay, no worries”

Lelaki itu terdiam seketika

Itik hodoh berubah menjadi angsa gorgeous.

Giliran Rina pula terkebil-kebil melihat respon lelaki itu.

Eh? Kenapa jantan ne? Angau kah? Apa agaknya yang dilihatnya? Hantu?

“You have anyone to call?”

Rina tunduk sambil menggelengkan kepalanya perlahan. Di dalam situasi mana pun, susah bagi Rina untuk menipu, walau pada hakikatnya, kejujurannya itu kan membawa dirinya sendiri ke situasi yang tidak selesa.

“Then, mind if I ride you home?”

Dengan senyuman, Rina mengangguk girang. Walau lelaki itu belum dikenalinya, namun dari apa yang diperhatikannya, lelaki itu nampak baik. Siapa lagi yang akan memberikannya tawaran percuma selain lelaki yang sudi membantunya itu?

Eh, lantak je, ujar Rina di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience