BAB 12

Romance Completed 5180

Sudah seminggu Rian terlantar di hospital. Doktor telah mengesahkan bahawa Rian telah mengalami gegaran otak yang meyebabkan dia hilang ingatan. Nasib baik Rina mempunyai Asyraff dan Zana menemani dirinya.

Rina mendapat tahu bahawa Zana ada kaitan keluarga dengan Asyraff apabila Asyraff pergi melawat ke hospital pada tempoh hari untuk menjemput Zana balik. Namun Rina tidak bersendirian, dia menjalani hari-harinya seperti biasa dengan sokongan Asyraff dan Zana. Rian pula dijaga oleh Zana sepanjang masa memandangkan dia juga masih menganggur.

“Rian pernah dengar cerita Puteri Salji?”

Tiada jawapan yang diterima oleh Zana. Sejak kemalangan itu, Rian tidak pernah mengeluarkan sepatah kata pun.

“Snow white, tak kan tak tau kot. Puteri Salji orangnya lawa, kulitnya putih mulus, bijak, baik, sebiji macam Zana”

Zana termakan lawak jenakanya sendiri tertawa.

“Satu hari ada penyihir jahat yang meyerupai sorang tua yang miskin, pastu dia bagi puteri sebiji epal beracun. Puteri Saliji tak tahu yang epal tu beracun, tambahan pula dia rasa kesian melihat perempuan tua tu, lalu dia ambil je epal tu setelah dia menolak pemberian itu beberapa kali, terus dia makan. Kemudian, Puteri Salji jatuh pengsan. Satu cara untuk membangunkan Puteri Salji ialah bila ea menerima satu kucupan dari cinta sejatinya”

Zana melepaskan satu keluhan, teringat akan kisah silamnya.

“Pengajaran? Jangan percaya cerita dongeng..”

Bermula lah nostalgia cerita pahit di lembaran hidupnya dulu..

Tiga tahun yang lalu. Pada malam itu Fauzana Elena bergegas untuk pulang ke rumah kerana ada berita yang mahu disampaikan oleh ibunya. Dia sudah terlambat lebih dari 1 jam. Keadaan jalan raya yang gelap membuatkan Zana susah untuk melihat sekelilingnya. Dum! Dia sedar dia telah terlanggar satu kelibat yang kelihatan hendak melintasi jalan raya. Dalam ketakutan, Zana tetap turun dari keretanya. Alangkah terkejutnya dia melihat kekasih hatinya tegeletak di atas jalan raya. Kelihatan darah panas mengalir deras. Lemah, tidak bermaya. Zana terus menerpa Aziz yang mulutnya terkumat-kamit ingin mengatakan sesuatu.

“Aziz! Aziz!”, Zana meletakkan kepala Aziz keribanya.

“Sudikah Zana jadi pendamm..ping hhidup.. Azizz?”

Dalam tangisan, Zana mengangguk sayu, walaupun sebenarnya dia tidak begitu mengerti maksud Aziz.

“I..loove you”

Bisik Aziz sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di situ. Pada malam itu.

“AZIZZ!!!!!”

Zana meraung bagaikan orang yang tidak siuman. Dia mengucup dahi lelaki itu beberapa kali. Bodohnya mengharapkan lelaki itu akan bangun semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience