BAB 19

Romance Completed 5180

Pemandangan dari jendela kamarku menceritakan pelbagai kisah yang tersirat

Keretapi berdesur dengan pantasnya

Begitu juga waktu

Aku berada di bumi asing, meninggalkan tanah asalku

Udara Brunei yang sangat ku rindui

Memori pahit dan indah berputar ligat

ada sesuatu yang patut ku ingat!

Rian merobek-robek lalu melontar sajak yang baru dibuatnya itu. Ada satu perasaan yang membuat hidupnya tidak selesa. Dia tahu, pasti ada sesuatu yang kurang. Namun tidak terdetik di hatinya akan sesuatu itu.

Rina pula menjalankan kehidupannya seperti biasa, walau luaran nampak baik sahaja, tetapi nun jauh hatinya terlukadan bernanah. Hatinya sudah lama pecah kerana menanggung rindu yang menggunung.

Aku duduk memerhati orang asing dengan gelagat masing-masing,

Tidak,

Aku yang orang asing,

Jasad ku tinggal di tanah Inggeris,

Namun jiwaku tercicir di satu tempat yang jauh sekali untuk ku gapai

Di hatinya,

Rindu, mengapa engkau kuat mengikat kaki ini?

Pergilah menyusuri angin,

Lepaskanlah aku,

Kerana itu yang terbaik buat ku,

Buat dirinya-Rina

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience