BAB 29

Romance Completed 5180

“Mengapa mesti awak ulangi lagi?”

Pertanyaan itu nyata mengejutkan Rina. Dia tahu pemilik suara itu.

“Kalau nak ulang pun, mengapa yang pahit?”

Asyraff menanya lagi, walau dia tahu Rina tidak akan berkata-kata walau sepatah.

Lengan Rina yang kemas menggenggam tiket penerbangan itu dicapai oleh Asyraff. Rina terkesima namun pada masa yang sama, dia tidak mampu bersuara apatah lagi untuk membantah. Nasib juga penerbangan yang diambilnya masih lama, mungkin dalam 3 jam.

Asyraff membatu, Rina membeku. Sama-sama mendiamkan diri di dalam kereta. Tanpa destinasi yang pasti, Asyraff memutar stereng kereta menuju kawasan UBD. Usai kedua-dua insan itu keluar dari kereta, serta-merta Asyraff memegang lengan Rina, kakinya yang tadinya masih tertancap kaku itu terus mengikuti jejak lelaki itu.

Segugus kunci diambil dari kocek seluarnya, Asyraff membuka pintu ruang IT yang menjadi tempat bersejarah bagi mereka berdua. Air mata yang sudah bergenang di bibir matanya cuba di tahan. Rina berpaling untuk meninggalkan tempat itu namun tangannya disambar oleh Asyraff. Rina cuba untuk meloloskan tangannya dari cengkaman lelaki itu, namun kudratnya tak mampu melawan.

“You’re giving up already?”

Tanya Asyraff sambil menuding ke satu bahagian meja yang diduduki Rina pada pagi tadi. Rina tidak menjawab.

“Maaf.. ssaaya tak pernak bermaksud nak menyakiti awaakk”

Terluah juga akhirnya perkataan maaf itu dari mulut Asyraff walau dia merasa agak kekok setelah 2 tahun tidak bercakap empat mata bersama Rina. Rina masih sama, diam seribu bahasa.

“Awak, saya nak awak tahu bahawa saya juga tersiksa semenjak pergi. Saya akui, saya yang salah menuduh awak melulu. Saya terlalu sayangkan awak sehingga saya cepat pula rasa cemburu”

Tubir mata Rina sudah tidak mampu menanggung air matanya. Mutiara jernih yang panas akhirnya tumpah jua. Asyraff menyeka air mata gadis kesayangannya itu. Sudah tidak sanggup lagi melihat gadis itu berduka.

“Di dalam dimensi ini, di dalam arus masa yang berlegar, saya tak pernah tengok perempuan lain, selain awak. Percayalah, tadi tu, semuanya hanya lakonan semata-mata. Saya nak awak sedar, saya nak awak tak membohongi diri awak sendiri, saya tahu isi hati awak”

Tanpa sedar, Rina menghampiri Asyraff dan memukul dada bidang lelaki itu berkali-kali dengan linangan air mata yang semakin deras. Asyraff membiarkan saja Rina begitu. Lantas, kedua-dua tangan Rina digenggamnya. Asyraff mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya.

“Maaf jika yang satu ni terlambat”

Dia memberikan sebuah model sebuah meja yang diperbuat dari kayu. Rina memerhatikan model hasil tangan itu.

“Saya buat tau”

Kata Asyraff sambil tersenyum kecil.

‘AADA’, Rina mengerti makna ukiran yang tertera dipermukaan model meja itu pantas merasa terharu.

“Asyraff Asyura, Dara Aurina, cinta kita mungkin nampak hanya delusi semata-mata, kita tak rasa, kita tak alaminya, malah kita juga tidak mengerti.. tapi dalam sedar atau tidak kita telah menghayatinya dengan sepenuh jiwa dan raga, kerana selama ini, kita sama-sama sakit dan tersiksa.. ia sebenarnya wujud, ia ‘AADA'”

“Model meja tu, lambang perkenalan kita yang tak terduga..”

Sambung Asyraff perlahan

“Dan juga perpisahan yang juga tak terduga”

Sambung Rina

“Tolong jangan pergi!”

Laung Asyraff penuh harapan berbaur rintihan

“‘semuanya baik-baik saja'”, lantas Rina mengeluarkan tiket penerbangan di dalam beg sandangnya lalu dirobek-robek.

“My love via vandalism”

Rina separuh berbisik membaca ukiran yang agak tersembunyi pada model pemberian makhluk adam yang bernama Asyraff Asyura.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience