BAB 28

Romance Completed 5180

Asyraff terpinga-pinga sebaik sahaja mendengar khabar berita kepergian Rina. Begitu juga Zana yang berada di kerusi penumpang bersebelahan dengan Asyraff. Melalui corong telefon, Rian turut melepaskan rasa paniknya. Menurut Rian, Rina berhasrat hendak pulang ke UK, itu yang tertulis dalam surat yang ditinggalkannya. Asyraff menjadi serba salah. Tak sangka pula Rina begitu terasa hati, tak menjadi pula pelan yang direka Rian kali itu.

Asyraff ingin menyusul Rina di lapangan terbang, namun entah apa anginnya dia ingan saja menyerah. Zana yang bengang meliat reaksi Asyraff di sebelahnya segera menggoyang-goyangkan badan adik sepupunya itu. Bukan masanya untuk berfikir lagi. Dia memandang ke hadapan semula.

“Ingat, kalau nak putuskan semuanya kat sini. Bukan Asyraff sorang aje yang menderita, tapi orang yang Asyraff sayang pun akan turut berduka. Mau ke tengok dia tersiksa lagi?”

Selamba saja Zana mengungkapkan madahnya bagai tahu saja isi hati adik sepupunya itu.

Kereta Honda Prelude milik Zana itu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah mereka sebaik sahaja Zana menutup pintu keretanya itu.

“Woi! Itu kereta bukan kau punya!”

Sempat Zana mendengus, lalu senyuman terbit di bibir miliknya.

‘Misi kita akhiri sampai di sini Rian’, pantas punat hijau ditekan. Pesanan ringkas itu dihantar ke nombor telefon bimbit Rian. Dalam hati, Zana berdoa agar ‘semuanya baik-baik saja’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience