BAB 27

Romance Completed 5180

Sesampainya Rina di rumah, dia terus berlari meluru ke bilik tidurnya dengan deraian air mata yang begitu lebat sekali. Sesekali dia melirikkan matanya di merata tempat agar nantinya bila Rian datang tanpa diduga, dia berkesempatan untuk berselindung.

Dia sendiri kurang mengerti sebab musbab yang membuatkan dirinya mengalirkan air mata. Tidak tahu mengapa hari itu air matanya begitu murah. Sebaik sahaja berada di biliknya, Rina bertapa sendirian.

Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar, senghaja diubah ke silent mode. Satu pesanan ringkas diterima. Rina segera membuka pesanan itu. Sebaik sahaja dia melihat nama Rian tertera, dia segera menekan punat merah. Malas. Dia ingin memboikot bangnya yang telah mengkhianatinya. Dia sedar bahawa kehadiran Asyraff hari itu adalah pelan yang dicipta oleh Rian.

Benci betul dia melihat gelagat Asyraff yang senghaja membuat dirinya gugup pada hari itu. Tak kenal konon. Lagak Asyraff melebihi pegawai polis yang menyoal siasat penjenayah pula. Tambahan pula dia sengaja main kenyit-kenyit mata dengan Anita, perempuan yang mungkin sudah menerima beribu anugerah perempuan tergedik sedunia. Rina menangis lagi, entah sudah kali keberapa dia mengalirkan air mata pada hari itu.

Rina membuka almari pakaiannya dan mengambil bagasi yang disimpan di bawah katil. Rina mengambil baju-baju yang tergantung kemas di dalam almarinya. Tidak mahu kejadian silam berulang semula, dia memutuskan untuk kembali ke UK tanpa pengetahuan abangnya, Rian. Biarlah dia membawa rajuk di hati, Asyraff pun hanya mahu mempermainkan dan menyakitkan hatinya saja

Kebetulan pula nampaknya Rian keluar pada petang itu, tak tahulah ke mana. Mungkin keluar bersama Zana. Dia tidak peduli lagi, abangnya itu sudah besar panjang, tahu menjaga diri. Rina melangkah keluar rumah dengan keadaan tergesa-gesa. Sebelum itu, sempat dia menulis sepucuk surat buat abang tersayang.

Antara benci dan rindu, manasatu yang akan keluar sebagai pemenang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience