BAB 20

Romance Completed 5180

Siren ambulan berbunyi nyaring membingitkan telinga sesiapa yang mendengarnya. Dikhabarkan bahawa Rian jatuh dari tangga apabila dia hendak menuju ke bilik kaunseling pada petang musim gugur itu. Rian dikejarkan ke hospital terdekat setelah keluarganya dihubungi pihak universiti. Sudah setahun Rian merangkul gelaran lepasan penulis hebat di universiti itu, jadi tidak hairanlah ramai pensyarah yang mengenali dirinya apabila terserempak tubuh sasa yang tergeletak berhampiran tangga utama ruang penulisan.

“Huh?”

“Alhamdulillah”

Seru Aunty Sarah yang berada di sisi Rian. Rina turut mengusap dada.

“Eh?”

Rian memegang kepalanya, lambat-lambat bibirnya mengukir senyuman. Bagai dalam momen-moment ‘light bulb’

Kisah buah epal beracun,

Mengumbang-ambingkan hidupku,

Naluri ku mengetahuinya,

Akal logikku tidak berdering,

Aku terbayang wajah yang lara kesepian,

Sudah terlalu lama kau menunggu kepulangan ku,

Aku datang,

Kaulah gerangan yang menghantui fikiranku,

Wahai Puteri Salji-Rian

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience