BAB 13

Romance Completed 5180

Di hospital, Zana hanya mampu menangis, tidak mampu berkata apa-apa walaupun Puan Puziah, ibu kepada Aziz beserta seluruh keluarganya tidak menyalahkan Zana atas kematian lelaki yang budiman itu. Kedua-dua keluarga Aziz dan Zana mempunyai hubungan yang erat, sebegitu rapatnya seperti keluarga. Puan Puziah sudah lama hidup berjiran dengan keluarga Zana, jadi Puan Puziah tahu akan selok belok keluarga itu. Dia mengerti. Tuhan lebih menyayangi anaknya, Abdul Aziz Sufian Shah.

Dadanya mahu pecah, sebak bermukim tidak dapat dibendungnya lagi apabila Zana diberitahu bahawa berita yang ingin mereka sampaikan ialah pinangan Aziz terhadap Fauzana. Disebabkan Zana yang begitu lambat, Aziz memutuskan untuk pulang dahulu, tidak sangka pula akan mengalami kemalangan. Kemalangan yang berlaku disebabkan dirinya, Fauzana Elena.

Sungguh, Zana tidak dapat memaafkan dirinya atas kejadian itu. Puan Puziah sendiri datang untuk menasihati Zana agar merelakan kejadian itu. Malah Asyraff juga turut memujuk dirinya, mengatakan ‘semuanya baik-baik saja’. Semuanya kehendak Tuhan, tidak ada yang boleh dibantah. Namun apa yang ketara, Zana berubah semenjak insiden itu berlaku. Dari gadis ayu bertudung, dia menjadi seorang gadis yang lasak dan agak kelaki-lakian. Ibunya membiarkan sahaja perubahan itu, mungkin itu caranya Zana boleh melepas Aziz pergi.

Fauzana berhasrat, enggan bercinta lagi.

Tanpa sedar, Zana mengalirkan air mata. Rian yang kelihatan begitu faham dengan cerita Zana menepis mutiara jernih yang mengalir di pipi gebu itu.

Masa berjalan dengan pantasnya. Tidak terasa dua bulan telah pun berlalu.

“AA is Asyraff Asyura?”

Terbeliak biji mata Rina.

Terus dihapusnya segala ukiran di atas meja itu. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dirinya begitu takut. Bukannnya dia mempunyai perasaan terhadap Farhan lagi. Dia sudah pasti, hatinya seratus-peratus milik Asyraff.

Taylor Swift menyanyi lagi, mendendangkan lagu yang sama ‘You belong with me’, kali ini deringan telefon bimbitnya itu membuatkannya benar-benar terkejut beruk.

“Helo, Asalamualaikum”

“Walaikumsalam Rina”

“Apa ada kak?”

“Abang Rian keguguran tangga”

Jawab Zana dengan nada yang girang

“Subhanallah! Kenapa pula akak happy ne?!”

“Doktor kata mungkin dia boleh gain memorinya balik”

“Alhamdulillah!”

“Sebab tu la kaka nak minta personal info Rina untuk check in, it’s better kalau family yang check in”

“Okay, kakak tolong check in kan ye, Rina ada exam ne, I’ll send it to your office today”

“Okay”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience