BAB 8

Romance Completed 5180

Rina tersenyum sendirian. Teringat akan peristiwa yang terjadi pagi tadi. Apa yang tak kena pada Asyraff hari itu pun dia tak tahu. Pada awalnya buka main Asyraff beriya-iya hendak membawanya bersiar-siar. Tapi entah kenapa Asyraff berubah menjadi manusia yang pemalu sebaik sahaja Rina memasuki keretanya tadi pagi. Ganjil melihat lelaki itu berkelakuan kekok, Rina tertawa kecil.

Sukar diteka betul kelakuannya. Mana satu yang benar ne? yang becok atau yang kekok? Hahaaha! Tak sangka pula dia tu orangnya pendengar yang baik, aku fikir dia pandai cakap aje.

“Donut”

Bisik Rina sambil mengelus keretanya itu

“Mengidam nak makan donought?”

“Hisy, maksud Rina bukan donought, Donut yang ne lah”

Balas Rina sambil meraba Mr.Donut

“Ah! Ni Donut namanye, hahahaa! Ganjil betul”

Di situlah permulaan di mana mereka memulakan al-kisah kehidupan mereka. Yang manis mahupun pahit mereka saling berbagi. Walau perkenalan mereka tidak begitu lama, namun kehangatan sudah mulai terasa. Rina begitu gembira sekali hari itu. Tanpa disedari hatinya memuja-muja lelaki itu, lama.

Azan Isyak yang berkumandang di corong radio melenyapkan angannya. Rina beristighfar, jauh benar lamunannya. Dia segera bangkit dari kerusi malas yang terletak berhampiran dengan jendela kamarnya lalu berdar ke bilik abangnya yang hanya beberapa tapak sahaja dari bilik tidurnya.

“Tuk tuk tuk”

“Bangun bang, dah azan ne”

Kata Rina dari luar pintu

“Okay”

“Esok start masuk ye, abang dah janji”

“Ye laa, I promise”

Rina beredar selepas mendengar jawapan abangnya yang terakhir itu. Rian masih mamai namun otaknya sudah mulai berfikir ligat.

UBD, setelah lamanya aku merana menyiksa diri ku sendiri. Aku janji, aku akan datang kembali. Akan ku penuhi impian yang telah lama tergendala. Ini janjiku, janji pada mu, janji pada Sofea, janji pada Rina. Aku pasti kali ini. Ujar Rian di dalam hatinya sebelum dia pergi mengambil air wudhu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience