BAB 17

Romance Completed 5180

Seharian pada awalnya Rina begitu gembira sekali kerana abangnya telah pulih kembali, manakala Asyraff mengajaknya keluar bersama. Ucap dan puji syukur kepada Tuhan tidak pernah lelah keluar dari mulutnya.

Beg tangan yang berada di atas meja tulis segera digapainya setelah mencalitkan sedikit lip liner ke bibirnya yang kecil itu serta membetulkan kacamatanya. Asyraff telah menantinya di dalam kereta.

Sepanjang perjalanan ke Cherry Cafe, mereka lebih berdiam diri. Tidak seperti biasanya. Lebih-lebih lagi Asyraff, begitu dingin sekali terhadap dirinya. Rina berusaha untuk meleraikan ketidakselesaan itu namun hasilnya tidak merubah apa-apa.

“Siapa aku dan siapa Farhan di hati mu, Rina?”

Tanya Asyraff melulu sebaik sahaja pelayan itu menghantar pesanan.

Sebelum Rina sempat menjawab, Asyraff menarik tangan Rina, menatap wajahnya yang ayu. Menanti sebuah jawapan.

“Apaa maksuud…Asyraff ne?”

Tanya Rina teragak-agak, begitu terkejut akan soalan yang dilemparkan oleh Asyraff kepadanya.

Asyraff tidak menjawab, mengetahui bahawa Rina sebenarnya mengerti maksud pertanyaannya tadi. Lama Asyraff menanti, namun Rina hanya membatu mendiamkan diri, akhirnya dia pasrah. Biarlah, siapa juga dirinya, bukannya mereka ada hubungan yang tetap. Asyraff langsung tiada hak untuk cemburu.

“I’m falling for Dara Aurina whom is yearning for another guy, how pathetic that could be?”

Asyraff akhirnya bersuara, memecahkan kesunyian.

Asyraff yang begitu kecewa pergi meninggalkan Rina keseorangan termangu di situ setelah membayar bil minuman yang dipesan.

Dusta ku tak bermakna ku tak tulus

Sayang, walau dulunya benar

Kemunculanmu yang sesaat di dalam tabir hidupku

Membunuh perasaan itu

Sungguh, kau bukan sekadar persinggahan

Percayalah, kau yang satu – Rina

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience