BAB 15

Romance Completed 5180

Zana duduk di situ sendirian, lesu. Selesu-lesu Asyraff yang sebaik sahaja membaca personal info Rina. Dalam gembira, Zana juga bersedih. Perasaannya berkecamuk bercampur-aduk. Apakah dirinya hanya perhentian sementara. Dia tidak tahan lagi, jatuh jua akhirnya air matanya ke lantai bumi.

Pecah berkecai hatinya sebaik sahaja Rian mengatakan bahawa dia tidak mengenali dirinya, Fauzana Elena yang selama itu menjaga Rian. Rian pula tidak mengendahkan Zana, bagaikan dirinya itu ilusi semata. Zana kehabisan kata. Air matanya bercucuran. Hanya selembar kertas yang sempat diberikannya kepada Rian, kemudian dia terus saja berlalu tanpa sepatah kata.

Rian membuka lembaran kertas yang kelihatan hancur itu,

Aku layari lautan samudera

Aku rentasi hutan rimba

Aku terjahi bintang angkasa

Tiada maknakah pencarianku ini?

Tiada ertikah penantianku ini?

Mengapa kekasih,

Kau ghaib sebelum ku puas menyelami indahnya dunia bersamamu?

Mengapa kekasih?

Takkah kau percaya aku arjunamu?

Pagi menerjah malam,

Malam menghempas pagi,

Kini aku sedar,

Aku manusia bodoh

Rian kehairanan. Tidak faham apa yang dimaksudkan perempuan itu memberikannya selembar kertas yang sudah lusuh itu. Dia membacanya dengan teliti namun tiada lonceng yang berbunyi.

Eh? Ni kan tulisan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience