BAB 11

Romance Completed 5180

“ABANGG!!!”

Sejurus sahaja Rina terlihat sesusuk tubuh abangnya yang lemah tak bermaya. Rina menangis teresak-esak di sisi katil abangnya. Dia begitu terkejut mendengar khabar bahawa abangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Nasib baik pengemudi kereta yang melanggar abangnya itu bertanggungjawab lalu menghantar Rian ke hospital.

“Adik, kakak minta maaf”

Bisik pengemudi itu kepada Rina sambil memegang bahunya.

Rina tidak mampu berkata apa-apa lantas dia hanya terus menangisi keadaan abangnya.

“Abang bangun bang, jangan tinggalkan Rina sorang-sorang”

Tangis Rina dalam sendu.

Pengemudi itu turut mengalirkan air mata meliahat keaadaan Rina. Perasaannya bercampur-baur antara simpati dan rasa bersalah. Sejurus teringatkan sesuatu, dia terus berlalu keluar dari ruang ICU untuk membuat satu panggilan.

“Asyraff, sorry to say this, but I can’t pick you up today. Something terrible had happen, so call someone else, okay?”

“Kenapa? What’s up? Kak Zana ne, baru akhir 10 minit dah tinggalkan Asyraff. Okay then, tapi semuanya baik-baik je kan?”

“Lahh, nanti akak cerita, insya Allah, semuanya under control”

Talian dimatikan. Fauzana begitu takut sekali, dari awal kemalangan tadi dia merasa tubuhnya menggigil. Dia berdoa setulus hati agar lelaki yang menjadi mangsanya itu tidak apa-apa. Daniel Adrian, rasanya aku pernah melihat dia sebelum ini, tapi di mana agaknya?

Dalam hatinya memohon agar peristiwa dulu takkan berulang lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience