BAB 2

Romance Completed 5180

Oit, syraff! Tak nak join kita orang? Mungkin lama kami nak out ne. Kalau nak ikut, baik cepat, karang datang si Ong, nahas ne.”

Sapa Jazimin, teman sekelas Ayraff.

“Aduhh, lagi? Kita kan dah selalu escape. Malas la bro, pergilah. Don’t worry, aku keep secret.”

Balas Asyraff yang sudah bersedia duduk untuk memulakan pelajaran yang akan bermula sebentar lagi.

“Alright. Kau lah kawan sejati ku. Bro, bagi aku pinjam notes kau nanti. Aku nak photocopy. Hehee.”

Sahut kawannya itu sambil meleretkan senyuman sebelum beredar meninggalkan ruang IT.

Diorang ni, tak habis-habis nak cari maut dengan Sir Ong Teaw. Ketulahan nanti, baru tau. Sir ni satu juga, sekali orang akhir datang, bukan main dia mengamuk, siap dengan taring dengan garisannya pula keluar, macam lah orang ni murid darjah satu baru sekolah. Kalau dia yang terlambat, dia buat tak tahu pula. Macam mana lah orang nak hormat kat dia.

Tak henti-henti Asraff berfikir tentang pensyarahnya yang satu itu. Dia pun sebenarnya seperti kawan-kawannya juga, benci akan manusia bernama Ong Teaw. Namun, mengingatkan rasa hormat sebagai pelajar kepada guru, dia taat jua. Tidak mahu terlalu mengikut perasaan seperti yang dilakukan kawan-kawannya. Apa-apa pun, nanti bila peperiksaan menjelma, siapa juga yang susah, diri sendiri juga yang kena.

“Aik? Apa ne?”

‘Farhan Izham saranghaee~’

“Woah, banyaknya!”

‘Farhan is just the cutest thing on earth!’

‘~The more I learn, the more I love, the more my heart can’t get enough~’

‘I’ll be your Cinderella, FI-DA’
‘I found my destiny when I found you-DA’

‘FI is my happy ending-DA’

Mabuk cinta benar permpuan ni kat ini ‘Farhan’, FI? Farhan apa full namenya agaknya? Hmm… yang aku kenal.. ah! Farhan Izham?! Memang tak ada syak wasangka lagi. Farhan memang menjadi pujaan hati wanita mana-mana pun.

Aish, dengki juga aku kat Farhan. Dari dulu sejak kami di bangku sekolah lagi dia memang ada ramai peminat. Ini kan sekarang. Bukannya aku gay, tapi aku tak dapat tipu yang dia memang semakin kacak. Apa agaknya jampi yang dia pakai ha? Haii...Ke situ pula.

Tapi siapa gerangan pemuja rahsia ni? ‘DA’, aku rasa aku tak kenal mana-mana perempuan yang berinitial DA, DM adalah, Dinah Maryamah. Eh? Apa pula? Dia kan sepupu Farhan. Tak mungkin. Tertarik dengan perkataan-perkataan yang tertulis di atas meja itu.

‘DA, who are you? Mind to tell me?-AA’

Entah mengapa Asyraff begitu gatal ingin tahu siapa sebenarnya penulis misteri itu. Walau pada amnya perbuatan itu adalah vandalisme, namun tabiat lamanya yang busy body terus sahaja datang bertandang tanpa dijemput.

“Pap!”

“ADUH!!”

Terbang sebatang pen melanggar kepalanya.

“Asyraff Asyura! You get out of my class! I don’t want any properties in this lab to be vandalized by such an irresponsible people like you!”

Asyraff yang tadinya masih terkejut akan kekejutan serangan kapur tebang semakin terkejut dengan bom nuclear yang baru sahaja dilemperkan oleh pensyarahnya. Apalagi, teruslah Asyraff berambus dari situ.

Mati, kurang hajar kau Ong! Sesekali Asyraff menghirup udara segar dengan rakusnya, cuba untuk menenangkan diri. Semuanya baik-baik saja! Ayat kegemarannya itu terluah dari mulut miliknya berulang-ulang kali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience