BAB 18

Romance Completed 5180

Tidak sangka betul hanya selepas beberapa hari peristiwa yang yang menghunus hati Zana, datang pula satu berita yang bagai sembilu beracun mencincang jiwa. Rian dan Rina telah pergi menyeberang awan, terbang ke UK untuk melanjutkan pelajaran. Khabarnya, saudara mereka yang telah lama terpisah telah menjumpai dua beradik itu dan membawa mereka berdua pergi bersamanya ke United Kingdom.

Hanya saja, Zana tidak diberi alamat tempat tinggal mereka di situ.

Zana mengetap bibir. Mungkin aku tak akan pernah hadir di dalam hidupnya.

Zana segera megesat air matanya setelah dia teringat untuk menyampaikan amanah yang diberi padanya. Surat yang berada di sisi katilnya terus diambil, dia pergi mencari adik sepupunya Asyraff untuk menyampaikan surat dari Rina.

Kepada Asyraff yang sangat disayangi,

Di saat Asyraff menerima surat ini, mungkin Rina sudah tiada lagi di Brunei. Tujuan Rina mengutus surat ini ialah untuk meleraikan kesalahfahaman Asyraff terhadap Rina.

Rina sangat gembira meluangkan masa bersama Asyraff, gembira mahupun sedih, Rina tak pernah kisah. Pada saat kita mulai bertemu, pada saat kita menjadi teman, pada saat kita semakin rapat, akan Rina simpan semua memori tentang Asyraff, itu, Rina janji.

Farhan memang sempat hadir, bertakhta di hati ini. Namun dengan Rina lebih mengenali Asraff–lebih kenal, lebih faham. Lebih faham, lebih sayang, dan sayang itu tumbuh dengan ikhlas. Rina jadi sayangkan Asyraff.

Hari itu, Rina terkejut sangat dengan apa yang Asyraff katakan. Rina tak sangka bahawa Asyraff tahu siapa perempuan itu, siapa Dara Aurina. Rina tak pernah ada niat hendak memainkan perasaan Asyraff. Tak tahulah sampai Rina tak mampu bercakap. Tapi yang Rina pasti, Rina sedar bahawa Rina takut untuk kehilangan Asyraff. Sampai ke hari ini, Rina berharap Dara Aurina bukan Rina. Setiap saat Rina sesali.

Realitinya, sudah tiada gunanya lagi Rina jelaskan. Kerana semuanya sudah terlambat. Kerana mungkin kita tak akan pernah berjumpa lagi. Kerana Asyraff sudah benci Rina. Kerana naluri ini kuat mengatakan… I love you.

Yang selamanya merinduimu,

Dara AuRINA

Mengapa cinta engkau pergi?

Di saat hati ku mulai berbuih sayang

Mengapa cinta kau hilang?

Setelah kau semai bibit indah di hati ini

Aku kosong tanpa kehadiranmu

Aku kelam tanpa suria wajahmu

Namun ku tak akan pernah lelah menanti dirimu-Asyraff

Kau salah Rina, aku tak pernah membenci dirimu. Dalam diam, Asyraff menyesali tindakannya yang membabi buta pada hari itu. ‘semuanya baik-baik saja’?, konyol!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience