BAB 9

Romance Completed 5180

Setelah lebih seminggu, kelas IT diaktifkan semula selepas ketiadaan Miss Mel. Namun kelas pada hari itu begitu membosankan memandangkan bekalan elektrik terputus membuatkan mereka tidak mempunyai sebarang aktiviti. Kertas kerja yang nampak berlambak sahaja yang perlu dikerjakan, langsung tidak menarik. Selain itu, cuaca yang terik menambahkan lagi suhu panas ruang IT pada hari itu.

Rina mendekati tempat duduk kesayangannya. Dia merenung meja yang berada di hadapannya.

Woah! Gila benar aku akan Farhan dulu, sungguh cepat perasaan itu pudar. Sungguh, cinta itu sukar untuk ditafsirkan. Tawa Rina terhenti apabila melihat sepotong ayat.

‘DA, who are you? Mind to tell me?-AA’

Dalam ketidakpastian, Rina membalas balik jawapan itu. Hatinya berkata bahawa tiada apa yang perlu dirisaukannya lagi memandangkan perasaannya terhadap lelaki yang bernama Farhan itu sudah dapat diatasi dengan munculnya jejaka yang mencuri hatinya, Asyraff Asyura.

‘Dara Aurina, who’re you?-DA’

Rina mencebik bibir, sekali lagi rasa kurang pasti datang menerpa. Betulkah tindakannya memberitahu jati dirinya? Ah! Tidak perlu difikirkan sangat, bebelnya di dalam hati.

Alunan suara Taylor Swift mendendangkan lagu ‘You belong with me’ membingitkan telinga

‘Abang Rian’, nama yang terpapar di skrin telefon bimbit Rina. Senyuman terhias di bibir gadis itu.

“Helo bang! so how’s your day?”

Rina terdiam seketika apabila suara yang diharap-harapkan menjawabnya bukan Rian. Kelihatan dia memberikan 100% perhatian kepada perbualan itu. Terkejut mendengar berita yang disampaikan, dia terus meluru keluar dengan linangan air mata yang deras.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience