BAB 22

Romance Completed 5180

Seribu tanda tanya bermain-main di ruang fikirannya, mengapa Rian mengenali dirinya yang sepatutnya telah lama dilupakan. Mungkinkah Rina yang menceritakan tentang dirinya kepada abangnya dan kini mungkin Rian ingin meminta maaf?

“Stop!”

Jerit Zana sebaik sahaja dia memalingkan badannya ke arah Rian

Rian menurut kata gadis itu.

“Kau nak apa?”

Rian mengeluarkan sekeping kertas lusuh dari saku seluarnya lalu menyerahkannya kepada Zana. Kertas diambil lalu dibaca

Aku layari lautan samudera

Aku rentasi hutan rimba

Aku terjahi bintang angkasa

Tiada maknakah pencarianku ini?

Tiada ertikah penantianku ini?

Mengapa kekasih,

Kau ghaib sebelum ku puas menyelami indahnya dunia bersamamu?

Mengapa kekasih?

Takkah kau percaya aku arjunamu?

Pagi menerjah malam,

Malam menghempas pagi,

Kini aku sedar,

Aku manusia bodoh

Zana ingat akan sajak itu. Sajak yang ditulis oleh Rian yang dahulunya pernah menjadi hartanya yang teramat penting dalam hidupnya. Dia ingat? Ingat aku?? Sebelum Zana mendongakkan kepalanya untuk melihat wajah insan yang amat disayanginya itu Rian mengeluarkan satu lagi kertas dari saku jaketnya lalu membacakan butiran-butiran ayat yang tertulis di kertas itu.

“Kau adalah penemuan terbesar dalam pencarianku. Maaf kerana terlalu lama membuatmu menunggu. Hari itu senja nan suram, kau mentari yang menghangatkan suasana, aku masih lagi menangisi masa silam tanpa menyedari hadirnya dirimu. Halaman rindu ku kini dipenuhi senyumanmu, tiada lagi wajah yang lara kesepian. Aku percaya…kau Puteri Salji itu. Lembaran pahit kita serupa, hanya aku terlalu lemah untuk melihat ke hadapan, bodohnya diriku membuat dirimu tersiksa, luka dan sepi, maaf, penantianmu yang berkuran takkan aku persiakan. Wahai puteri, sudikah engkau menyelami lautan suka dan duka bersamaku hingga maut memisahkan kita?”

Setelah lama membendung perasaan itu, setelah 2 tahun lamanya dia berusaha melawan perasaan itu yang fikirnya dia telah memenangi permainan itu, namun meleset sama sekali, mutiara jernih jatuh mengalir dipipnya, sekali lagi untuk lelaki bernama Daniel Adrian, sekali lagi Zana kalah.

Hujan turun dengan lebat sekali, sebelum Zana memberi respon, Rian menyambar lengan Zana dan membawanya ke pondok berdekatan. Zana menggeletar kedinginan, segara Rian melepas jaket yang dipakainya dan menggantungkannya ke kedua-dua bahu Zana. Suasana menjadi agak tidak selesa. Masing-masing melayan perasaan sendiri, gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience