Part 13.

Romance Completed 131225

Yasmin memerhati setiap sudut bilik Rayyan. Biliknya sangat luas. Dua kali ganda besarnya daripada bilik Yasmin.

Yasmin terpandangkan bingkai gambar yang tergantung di dinding bilik Rayyan. Gambar Rayyan dan Jasmin ketika mereka bertunang dulu.

" Kak Jas, sepatutnya yang ada dalam bilik ni Kak Jas. Bukannya Yas " katanya sendiri.

Perlahan-lahan air matanya mengalir. Tipulah jika dia tidak terasa dengan perlakuan ibu mertuanya tadi. Wanita itu menganggap Yasmin seperti tidak wujud sahaja.

Pintu bilik dibuka daripada luar. Rayyan terus melangkah ke dalam bilik. Dia rasa bersalah dengan layanan Datin Mastura terhadap Yasmin tadi.

" Yas " panggilnya lembut.

Yasmin yang sedang duduk membelakanginya itu cepat-cepat mengesat air matanya. Dia tidak mahu Rayyan tahu dia sedang menangis.

" Ya? " jawabnya.

" Yas okay? " soal Rayyan.

Laju Yasmin mengangguk.

" Yas okay " .

Rayyan melabuhkan punggungnya di sebelah Yasmin. Tangan Yasmin diambil.

" Yas, abang minta maaf. Yas jangan ambil hati dengan apa yang mama buat tadi tu ea " .

Yasmin tersenyum hambar.

" Tak adalah. Yas tak ambil hati pun. Yas tahu yang mama masih tak boleh terima Yas sebagai menantu dia " .

" Yas bukan macam tu. Mama cuba perlukan sedikit masa. Abang harap Yas faham " .

Yasmin mengangguk perlahan.

" Yas okay. Abang tak perlu risau ya? ".

" Yas okay kalau kita terus tinggal dekat sini ? Kalau Yas tak nak, kita boleh pindah " .

" Takpa. Yas okay. Mungkin mama perlukan masa. Nanti okay lah tu. Yas tak nak nanti kalau abang keluar daripada rumah ni, mama terasa hati. Apa pulak kata dia nanti. Kita tak payah lah pindah ya " .

" Terima kasih Yas sebab faham " .

" Sama-sama " jawabnya sambil tersenyum kecil.

" Abang nak pergi ambil beg baju dalam kereta sekejap. Lepas tu kita makan ya? " .

" Abang nak Yas tolong angkatkan beg? " .

" Eh takpa. Abang boleh angkat. Abang pergi sekejap ea " .

" Okay " .

Rayyan keluar semula daripada biliknya.

???

" Mana perempuan tu? " soal Datin Mastura pada Rayyan.

" Perempuan mana pulak ni ma? " soal Rayyan semula.

" Bini Rayyan lah " jawabnya.

" Dia ada nama ma. Nama dia Yasmin".

" Apa-apa jer lah. Mana dia? Kenapa dia tak tolong Rayyan angkat beg ni?".

" Dia ada dalam bilik. Dia memang nak tolong Rayyan tapi Rayyan yang tak bagi. Beg ni berat mama, takkan Rayyan nak suruh Yas angkat beg yang berat ni bawa masuk dalam rumah " jelas Rayyan.

" Huh..alasan..kalau dah pemalas tu, pemalas jugak " rungut Datin Mastura.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience