Part 12.

Romance Completed 131225

Sampai sahaja di rumah keluarga Rayyan, Rayyan terus mengajak Yasmin masuk ke dalam rumah.

Yasmin sendiri sebenarnya masih belum berpeluang untuk berkenalan dengan ahli keluarga Rayyan.

" Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam. Abang dah balik?" seorang gadis berusia 20-an berlari anak mendapatkan Rayyan.

" Mama dengan papa mana? " soal Rayyan.

" Dia orang ada kat dalam " jawab gadis itu.

" Yas, yang ni adik abang. Nama dia Rayna. Panggil Ayna jer. Umur dia sebaya dengan Yas " .

Yasmin menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan adik iparnya itu. Rayna acuh tak acuh saja menyambut salam Yasmin.

Rayyan perasan adiknya itu tidak suka dengan Yasmin. Mungkin dia juga sama seperti Datin Mastura yang masih tidak dapat menerima hakikat Jasmin sudah lari ketika hari perkahwinannya.

" Jom Yas, abang bawa jumpa papa dengan mama " Rayyan menarik tangan Yasmin.

Jelas riak tidak puas hati diwajah Rayna.

" Mama, papa. Rayyan dah balik " tegur Rayyan.

Datin Mastura dan Datuk Rahman yang sudah duduk di gazebo terus menoleh ke arah Rayyan dan Yasmin.

" Haa dah sampai pun anak mama ni" Datin Mastura bangun dan terus mendapatkan Rayyan.

Yasmin menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan ibu mertuanya itu. Datin Mastura sama seperti Rayna hanya menyambut acuh tak acuh sahaja salam Yasmin.

Kemudian Yasmin bersalam pula dengan ayah mertuanya, Datuk Rahman. Datuk Rahman menyambutnya dengan baik. Berbeza dengan ibu mertua dan adik iparnya.

" Selamat datang Yas. Papa harap Yas selesa lah tinggal kat sini ya " katanya sambil tersenyum kecil.

" Terima kasih papa " jawab Yasmin.

" Rayyan, hari ni mama masak special untuk Rayyan. Jom makan " Datin Mastura terus menarik tangan Rayyan dan berlalu ke dapur.

Yasmin ditinggalkan terkulat-kulat. Datuk Rahman menggelengkan kepalanya melihat perangai Datin Mastura.

" Mak Jah oh Mak Jah " panggil Datuk Rahman.

Seorang wanita berusia 50-an terkocoh-kocoh datang.

" Ya Datuk? " soalnya.

" Tolong tunjukkan bilik Rayyan pada Yasmin ya " arah Datuk Rahman.

" Baik Datuk. Jom Yasmin, Mak Jah tunjukkan bilik " .

Yasmin mengangguk perlahan. Dia mengikut langkah wanita itu.

" Ni bilik Rayyan, masuklah " kata wanita itu.

" Terima kasih Mak Jah " ucap Yasmin.

" Sama-sama. Yasmin ni adik cik Jasmin ya? " soal Mak Jah.

" Iya saya adik Jasmin. Mak Jah kenal kakak saya? " .

" Kenal sangat. Cik Jas selalu datang ke rumah ni " jawabnya.

" Ohh. Saya masuk dulu ya Mak Jah. Nanti kita borak lagi " .

" Haa iyalah " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience