Part 22.

Romance Completed 131231

Ting..ting...

Mak Jah terkocoh-kocoh melangkah ke pintu utama. Entah siapa agaknya yang datang.

Sebaik pintu dibuka, dia terkejut.

" Hai Mak Jah " tegur gadis itu.

" Jas? " .

" Yes ini Jas. Mana yang lain? " soalnya.

" Ada kat dalam. Jemputlah masuk " pelawa Mak Jah.

???

" Jas? Ya Allah Jas " Datin Mastura terus memeluk erat tubuh Jasmin.

Yasmin yang terkejut melihat kakaknya itu. Akhirnya dia pulang juga. Yasmin berlari ke bilik. Dia mengemas baju-bajunya. Seperti yang dijanjikan, dia akan keluar daripada rumah ini jika Jasmin sudah pulang.

Dia tidak mahu Rayyan tahu. Kebetulan Rayyan outstation dua hari.

" Maafkan Yas abang. Terima kasih untuk semuanya " Yasmin mengambil beg bajunya dan berlalu keluar daripada bilik.

Senyap-senyap Yasmin keluar mengikut pintu belakang.

???

" Kenapa Jas lari? Ni mesti Yasmin yang ugut Jas kan? Cerita pada mama apa yang dah jadi " soal Datin Mastura.

" Bukan ma. Yasmin tak ada kena mengena pun dengan semua ni. Sebenarnya Jas lari sebab Jas rasa Jas dengan Rayyan memang tak ada jodoh. Rayyan macam dah tawar hati dengan Jas. Seminggu sebelum majlis pernikahan kami, Jas dan Rayyan bergaduh. Dan waktu tu Jas sedar yang kami memang tak ditakdirkan untuk bersama. Untuk apa kami berkahwin kalau perasaan cinta tu dah tak ada. Jadi Jas buat keputusan untuk lari dan Jas sendiri yang nak Yas gantikan Jas " jelas Jasmin.

Datin Mastura tergamam. Jadi selama ini dia salah sangka dengan Yasmin? Dia fikir gadis itu punca semua ini terjadi.

" Ma, Jas minta maaf sangat-sangat sebab dah buat keputusan macam ni. Rayyan mana ma? Yas? Yasmin mana? Jas nak jumpa dia " .

" Datin! Yasmin Datin " jerit Mak Jah.

" Kenapa dengan Yasmin? " soal Datin Mastura cemas.

" Yasmin dah pergi. Mak Jah tak sempat nak halang dia. Dia dah naik teksi " cerita Mak Jah.

Datin Mastura tergamam. Dia teringat janji Yasmin padanya tempoh hari.

" Yas minta maaf ma kalau kehadiran Yas dalam keluarga ni dah susahkan mama. Yas janji bila Kak Jas dah balik nanti, Yas sendiri yang akan pergi dan Yas tak akan ganggu keluarga mama lagi " .

" Kenapa ma? Kenapa Yas lari? " soal Jasmin.

" Jas, mama dah buat dah silap besar Jas. Jas, cari Yas. Cari Yas " air matanya mengalir laju.

Berdosanya dia kerana menuduh Yasmin macam-macam selama ini. Padahal tuduhan nya itu langsung tidak benar. Sekarang dia yang menyesal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience