Part 9.

Romance Completed 131225

Jam sudah menunjukkan pukul 5.40 petang. Majlis sudah pun tamat. Hanya tinggal saudara-mara terdekat Yasmin sahaja.

Yasmin terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia mahu membersihkan diri dan menunaikan solat asar.

Tudung yang membalut kepalanya dibuka. Dia merenung dirinya di dalam cermin seketika. Kejung pipinya asyik senyum sahaja tadi.

Tiba-tiba pintu biliknya dibuka daripada luar. Yasmin terus menoleh. Dia terkejut melihat Rayyan yang sudah berada di muka pintu biliknya.

" Assalamualaikum " ucap Rayyan sambil tersenyum kecil.

" Wa...waalaikumsalam " jawab Yasmin. Ada getar pada suaranya.

Rayyan terus melangkah masuk dan menutup rapat pintu bilik Yasmin. Dia memandang Yasmin. Cantik. Pertama kali dia melihat rambut gadis itu. Selama ini Yasmin memang benar-benar menjaga auratnya.

Yasmin baru perasan dia sudah membuka tudungnya. Dia cepat-cepat mengambil tuala mandi lalu menutup rambutnya.

Rayyan tiba-tiba datang mendekatinya. Jantung Yasmin bagaikan hendak tercabut. Perlahan-lahan Rayyan menarik semula tuala yang menutup rambut Yasmin.

" Yas dah jadi isteri abang. Rambut Yas bukan lagi aurat pada abang " katanya perlahan.

Yasmin menelan air liurnya.

" Er..er..Yas nak pergi mandi " .

" Oh okay okay. Lepas ni kita solat asar berjemaah ea " .

Yasmin mengangguk perlahan. Dia terus melangkah masuk ke dalam kamar mandi.

Rayyan duduk di birai katil milik Yasmin. Matanya memerhati sekeliling bilik itu.

Dia bangun mendekati meja solek Yasmin. Bingkai gambar yang terletak di atas meja solek itu diambil. Gambar Yasmin sekeluarga ketika hari raya. Jasmin juga ada di dalam gambar.

" Err..abang tengok apa tu? " soal Yasmin yang sudah keluar daripada kamar mandi.

Rayyan meletakkan semula bingkai gambar itu. Dia menoleh ke arah Yasmin.

" Yas dah sudah mandi? " soalnya.

" Dah " Yasmin mengangguk kecil.

" Nak pinjam tuala mandi. Abang terlupa nak bawa " mintanya pada Yasmin.

" Boleh. Sekejap Yas ambil dalam almari " .

" Eh tak payah. Bagi abang pakai yang Yas punya tu jer " .

" Tapi yang ni Yas dah guna. Abang ambil lah yang baru " .

" Takpa kita kan suami isteri. Apa salahnya kalau berkongsi. Ke Yas yang tak suka kongsi dengan abang? " soal Rayyan.

" Eh bukan macam tu. Yas.. " .

" Abang pinjam ea. Lepas tu kita solat sama-sama " Rayyan terus mengambil tuala mandi di tangan Yasmin dan melangkah masuk ke dalam kamar mandi.

Yasmin terpandangkan bingkai gambar yang berada di atas meja soleknya. Sudah berubah kedudukannya. Dia membetulkan semula kedudukan bingkai gambar itu.

" Mesti abang Rayyan rindu pada Kak Jas " katanya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience