Part 19.

Romance Completed 131225

Yasmin melangkah masuk ke dalam bilik Rayna. Sebelum itu dia sudah mengetuk pintu bilik gadis itu terlebih dahulu tetapi tiada jawapan, jadi dia terus masuk sahaja.

" Siapa suruh kau masuk?! " Rayna terus membaling pakaian kotornya pada wajah Yasmin sebaik Yasmin melangkah masuk ke dalam biliknya.

" Yas cuma nak kemas bilik Ayna. Mama suruh tadi " jawabnya.

Dia mengutip baju-baju kotor Rayna yang bertaburan di lantai. Bilik gadis itu seperti tongkang pecah. Barang-barangnya berselerakan.

" Kau tahu tak, mata aku ni sakit jer bila tengok muka kau! " kepala Yasmin ditunjal-tunjal.

" Kenapa Ayna benci sangat dengan Yas? Apa salah Yas? " soal Yasmin.

Air matanya sudah bertakung. Tinggal masa untuk mengalir.

" Oh kau tanya aku kenapa aku benci kau? Sebab kau tu perempuan murahan! Pakai jer tudung, berlagak baik. Sebenarnya kau yang rancang semua ni kan? Kau buat apa dengan Kak Jas sampai dia lari ha? Aku tahu ni mesti rancangan kau untuk dapat abang Rayyan " .

" Astaghfirullahalazim. Ayna cakap apa ni? Sumpah demi Allah Yas memang tak tahu apa-apa soal Kak Jas lari. Yas buat semua ni untuk jaga maruah keluarga jer. Yas tak ada niat lain pun " .

" Hey, kau tak payah nak guna nama Allah lah. Kau ingat kau ni baik sangat ke ha? Aku dah kenal sangat lah perempuan murahan macam kau ni. Tak sedar diri betul. Sanggup kau buat kakak kau sendiri macam tu kan. Adik jenis apa kau ni? Ha? " tajam pandangan Rayna pada Yasmin.

" Ayna boleh cakap apa yang Ayna suka. Yas tak boleh halang. Tapi suatu hari nanti Ayna akan tahu kebenarannya jugak " .

" Eii kau tak payah nak berdrama lah. Menyampah aku tengok kau! " tubuh Yasmin ditolak kasar.

Dahi Yasmin terhantuk pada bucu meja kecil di sebelah kati Rayna.

" Aduhh " Yasmin memegang dahinya. Ada cecair merah yang mengalir.

Rayna tersenyum puas.

" Padan muka kau! Kalau kau berani beritahu abang Rayyan, siaplah kau " ugut Rayna sebelum berlalu keluar daripada biliknya.

Mak Jah terkocoh-kocoh masuk ke dalam bilik Rayna. Sejak daripada tadi dia menjadi pemerhati. Hendak masuk campur dia takut dia pula yang dibuang kerja.

" Ya Allah Yas. Berdarah ni. Biar Mak Jah letak ubat " .

" Takpa Mak Jah sikit jer ni. Yas nak kemas bilik Ayna " .

" Nanti jer lah kemas tu. Letak ubat dulu dekat dahi Yas ni. Nanti Mak Jah tolong Yas kemas " .

Yasmin hanya mengangguk perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience