Part 5.

Romance Completed 131225

Hari yang dinantikan telah tiba. Selepas solat subuh, Yasmin melangkah ke bilik kakaknya.

" Kak Jas oh Kak Jas. Akak dah bangun ke? " soalnya sambil mengetuk pintu bilik Jasmin.

Tiada sahutan.

Yasmin terus memulas tombol pintu bilik Jasmin.

" Kak Jas " panggilnya.

Dia pelik apabila melihat Jasmin tiada di dalam bilik.

" Mana Kak Jas ni? " soalnya sendirian.

Matanya tertancap pada sehelai kertas di atas meja solek Jasmin.

Assalamualaikum ibu, ayah, Yas.

Maafkan Jas sebab lari. Bukan niat Jas untuk malukan ibu dan ayah tapi Jas ada sebab yang tersendiri. Jas minta ibu dan ayah halalkan makan minum Jas. Jas janji akan balik nanti. Jangan risaukan Jas. Jas akan jaga diri. Yas, Yas tolong gantikan tempat Kak Jas. Akak minta tolong sangat-sangat. Yas jer yang boleh jaga air muka ibu dan ayah. Tolong ya Yas. Sekali lagi Jas minta maaf ibu, ayah dan Yas. Sampaikan maaf Jas pada Rayyan dan keluarga Rayyan juga ya.

- Jasmin -

Yasmin tergamam membaca surat daripada kakaknya itu. Dia seakan-akan tidak percaya yang Jasmin telah pergi.

Kakinya pantas berlari mencari Puan Zahrah dan Encik Hisyam.

" Ibu, ayah! " pintu bilik ibu dan ayahnya diketuk.

" Ya Allah Yas. Kenapa ni? Jerit-jerit pulak. Ada apa? " soal Puan Zahrah apabila pintu dibuka.

" Ibu, kakak ibu " .

" Kenapa dengan Kak Jas? " soal Encik Hisyam.

" Kak Jas dah lari. Ni dia ada tinggalkan surat " surat yang ditinggalkan oleh Jasmin dihulurkan pada Encik Hisyam.

Encik Hisyam mengucap panjang apabila membaca surat itu.

" Ya Allah abang, macam mana ni? Kad kahwin semua kita dah edarkan. Lepas zohor nanti dia orang akan bernikah. Mana kita nak cari Jasmin?" soal Puan Zahrah cemas.

" Budak ni betul-betul buat perangai. Nampaknya Yas lah yang kena gantikan Jas " Encik Hisyam memandang anak bongsunya itu.

Yasmin laju menggelengkan kepalanya.

" Ayah, ibu Yas tak nak. Tak mungkin abang Rayyan nak kahwin dengan Yas sedangkan dia cintakan Kak Jas bukannya Yas " .

" Kita tak ada pilihan lain Yas. Kita dalam keadaan terdesak. Mana ayah dengan ibu nak letak muka? Keluarga Rayyan pun akan malu jugak nanti. Yas sayangkan ayah dan ibu kan? " pujuk Encik Hisyam.

Dia tahu Yasmin anak yang patuh. Dia akan mengikut apa sahaja permintaan ibu dan ayahnya.

Yasmin terdiam. Boleh ke dia menggantikan tempat Jasmin?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience