Part 18.

Romance Completed 131231

Rayyan memandang Yasmin yang sedang tunduk. Dia terdengar bunyi tangisan gadis itu. Yasmin menangis ke?

" Yas, Yas menangis? " Rayyan menarik dagu Yasmin agar memandangnya.

" Yas, jangan menangis. Abang tak suka tengok Yas menangis. Abang bukannya nak marah Yas. Abang cuma tak suka bila Yas ungkit soal Jasmin lagi " jelasnya.

Kasihan pula dia melihat gadis itu menangis. Wajah putih bersih Yasmin bertukar kemerahan.

" Yas...minta maaf.. " dalam tersedu-sedu Yasmin bersuara.

" Stop menangis sayang " Rayyan menarik Yasmin dalam pelukannya.

Kepala Yasmin bersandar betul-betul di dada Rayyan.

" Abang maafkan Yas. Tolong jangan buat lagi ya. Lupakan semua tu. Kita mulakan hidup baru " .

" Abang tak marahkan Yas lagi kan?" soal Yasmin.

" Tak. Abang tak akan marah lagi " ubun-ubun Yasmin dicium lembut.

Yasmin lega Rayyan sudah memaafkannya. Selepas dia akan berhati-hati apabila berbicara. Dia tidak mahu terlepas cakap lagi. Entah kenapa dia rasa tenang di dalam pelukan Rayyan.

???

Setelah seminggu bercuti, hari ini Rayyan akan mula bekerja semula. Yasmin pula sudah berhenti kerja. Itu pun atas permintaan Rayyan. Katanya dia mampu untuk tanggung Yasmin. Jadi isterinya itu tidak perlu susah-susah bekerja.

Rayyan memakai baju kemeja berwarna maroon yang sudah siap di gosok oleh Yasmin. Selalunya Mak Jah yang akan menggosokan baju-bajunya. Tapi kini tugas itu sudah beralih pada Yasmin pula.

" Hensemnya suami Yas ni " puji Yasmin.

Dia membetulkan tali leher Rayyan.

" Abang tahu abang memang hensem" Rayyan tersenyum nakal.

" Yas jaga diri baik-baik kat rumah tau. Jangan nakal-nakal " pesan Rayyan.

" Baik bos " dia bersalam dengan Rayyan.

" Abang pergi dulu " dahi Yasmin dikucup lembut.

Yasmin mengangguk perlahan. Dia menghantar Rayyan sehingga ke muka pintu.

" I love you sayang " ucap Rayyan lalu terus masuk ke dalam kereta.

I love you? Yasmin terasa di awangan seketika. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman.

Yasmin melangkah masuk ke dalam rumah semula.

" Duduk dalam rumah ni jangan bersenang-lenang. Jangan nak jadi ma'am besar dalam rumah ni " .

Yasmin terus menoleh ke arah tangga. Tajam renungan ibu mertuanya itu.

" Kau tercegat apa lagi kat situ? Pergilah buat kerja rumah. Itu pun nak aku suruh ke? Lembab betul lah kau ni! " herdik Datin Mastura.

Terhinjut bahu Yasmin kerana terkejut.

" Kau pergi kemas bilik Rayna " arah Datin Mastura.

Yasmin hanya menurut. Dia tidak berani nak membantah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience