Part 20.

Romance Completed 131225

" Assalamualaikum " Rayyan menguak pintu bilik.

Dia terus mencari isterinya itu. Seharian di pejabat dia asyik memikirkan Yasmin. Dah angau dengan isterinya sendiri. Aneh, dengan Jasmin dulu dia tak adalah angau sampai macam tu sekali.

Rayyan tersenyum melihat Yasmin yang sedang berbaring di katil dalam keadaan membelakanginya. Mungkin isterinya itu sedang tidur.

Dia terus memanjat katil. Rayyan baring di sebelah Yasmin. Dia memeluk isterinya itu daripada belakang.

" Sayang, abang dah balik. Do you miss me ? " bisiknya di telinga Yasmin.

Terus Yasmin terjaga daripada tidurnya. Entah macam mana dia boleh terlelap. Mungkin kerana dia penat sangat. Macam-macam kerja ibu mertuanya mengarahkan dia buat. Kemas setiap bilik di dalam rumah, cuci bilik mandi, mop lantai, cuci kolam. Mak Jah mahu membantunya tapi dihalang oleh Datin Mastura.

Yasmin memusingkan tubuhnya menghadap Rayyan. Dia tersenyum kecil.

" Of course I miss you " jawabnya.

Rayyan terkejut melihat dahi isterinya itu bertampal dengan plaster. Bukan satu plaster, tapi dua.

" Sayang kenapa dengan dahi sayang tu? " soal Rayyan.

Dia terus duduk. Yasmin juga perlahan-lahan bangun dan duduk.

" Yas terlanggar bucu meja tadi. Waktu Yas nak jalan, kaki Yas tersadung. Tu yang Yas jatuh " bohongnya.

Tak mungkin dia memberitahu hal yang sebenar. Nanti tak pasal-pasal Rayyan bergaduh dengan Rayna pula. Semakin bertambah kebencian ibu mertuanya itu terhadapnya.

" Betul ke ni? Abang tak percayalah. Yas tipu abang ya? " soal Rayyan lagi.

" Tak lah abang. Mana ada Yas tipu. Betul Yas terjatuh tadi " .

Rayyan masih curiga. Dalam fikirannya macam-macam dia tengah fikir sekarang ni.

" Abang lapar? Yas pergi panaskan lauk. Lepastu Yas teman abang makan okay ? " .

" Okay boleh " jawab Rayyan.

" Dah abang pergi mandi dulu. Yas tunggu dekat bawah " .

" Jom lah teman abang mandi sekali " Rayyan sudah tersenyum nakal.

" Mengada " Yasmin terus berlalu keluar daripada bilik.

???

" Ayna, abang nak tanya Ayna sikit " .

Ketika itu mereka berada di ruang tamu. Datin Mastura juga ada. Hanya Yasmin dan Datuk Rahman yang tiada. Yasmin ada di dalam bilik. Manakala Datuk Rahman outstation.

" Apa dia? " soal Rayna.

" Ayna ada buat apa-apa kat Yasmin ke? " soal Rayyan.

Muka Rayna berubah cuak. Perempuan tu mengadu ke?

" Ma..mana ada. Abang cakap apa ni? Kenapa nak tuduh-tuduh Ayna pulak ni? " .

" Kenapa ni Rayyan? Apa yang perempuan tu dah mengadu dekat kamu ni? " Datin Mastura mula bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience