Part 8.

Romance Completed 131225

Yasmin melihat dirinya di dalam cermin. Dress labuh berwarna biru lembut telah pun tersarung di tubuhnya. Dress labuh itu sepatutnya dipakai oleh Jasmin bukan dirinya.

" Yas, dah siap? " Puan Zahrah melangkah masuk ke dalam bilik anaknya itu.

Yasmin mengangguk perlahan.

" Yas ibu nak ucapkan terima kasih sangat-sangat. Yas sanggup berkorban demi menjaga maruah ibu dan ayah. Terima kasih nak " air mata Puan Zahrah mengalir perlahan.

" Ibu jangan menangis. Yas ikhlas buat semua ni " air mata ibunya dikesat menggunakan ibu jarinya.

" Ibu doakan semoga perkahwinan Yas dan Rayyan kekal hingga akhir hayat. Mungkin jodoh Yas memang dengan Rayyan " .

Yasmin tersenyum nipis. Tak mungkin semua itu akan berlaku. Cinta suaminya itu bukan untuknya tapi untuk kakaknya.

" Yas cantik sangat-sangat hari ni " puji Puan Zahrah.

" Yas cantik hari ni jer ke ibu? Sebelum ni Yas tak cantik? " sengaja Yasmin ingin menukar mood sedih mereka.

Puan Zahrah ketawa kecil.

" Anak ibu ni hari-hari cantik. Tak pernah tak cantik " pipi Yasmin diusap perlahan.

" Yas sayangkan ibu sangat-sangat " Yasmin memeluk erat tubuh Puan Zahrah.

" Ibu lagi sayangkan Yas. Terima kasih sebab tak mengecewakan ibu sayang".

Yasmin hanya mengangguk perlahan.

???

Rayyan menjeling sekilas ke arah Yasmin disebelahnya. Sungguh dia tidak sangka yang bersanding di sebelahnya itu Yasmin. Bukannya Jasmin. Dia tidak pernah terfikir langsung Jasmin akan melarikan diri. Mujur Yasmin ada. Jika tidak pasti keluarganya akan malu. Habis jatuh reputasinya.

Ketika acara memotong kek, Rayyan memegang tangan Yasmin, mereka sama-sama memegang pisau pemotong kek. Yasmin agak kekok. Lagi-lagi dia tidak pernah bersentuhan dengan lelaki selain daripada ayahnya.

" Yas, suap Rayyan kek tu " arah Mak ngah.

Yasmin mengambil sedikit kek coklat yang sudah dipotong lalu disuapkan ke dalam mulut Rayyan.

Giliran Rayyan pula menyuapkan kek coklat ke dalam mulut Yasmin. Ketika dia menyuapkan kek itu, tepi bibir Yasmin comot sedikit terkena krim kek. Pantas Rayyan mengesat menggunakan ibu jarinya. Merah wajah Yasmin kerana malu.

Lama Rayyan menatap matanya. Yasmin cepat-cepat melarikan pandangan matanya ketika mata mereka bertentangan. Rayyan tersenyum kecil melihat Yasmin yang gelabah.

" Rayyan pegang pinggang Yasmin. Yasmin pulak letak tangan dekat dada Rayyan " arah photographer itu.

Rayyan terus memegang pinggang Yasmin. Yasmin pula dalam malu-malu dia meletakkan tangannya di dada Rayyan. Lensa kamera terus merakam gambar mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience