Part 2.

Romance Completed 131225

" You dah gila ke Jas? Berapa kali you nak tangguhkan perkahwinan kita? " soal Rayyan dingin.

Jasmin sudah mengagak reaksi Rayyan. Sepatutnya dia tidak beritahu lelaki itu yang dia mahu tangguhkan perkahwinan mereka.

" Sorry Rayyan. I tak ada niat nak buat you marah " Jasmin merangkul lengan Rayyan.

Dia tahu lelaki itu tengah marah.

" You sebenarnya nak kahwin dengan I ke tak ni Jas? Kalau you tak nak, terus-terang jer. I boleh terima. Tak perlu you perbodohkan I macam ni " .

Jasmin terkedu mendengar kata-kata Rayyan.

" Rayyan, you cakap apa ni? You tahu I sayangkan you sangat-sangat kan? Okay fine I minta maaf " .

" Kalau I tak sayangkan you Jas, dah lama tau I tinggalkan you. I dah lama bersabar dengan you selama ni. You lebih pentingkan kerja you daripada I. I bukan tunggul tau Jas. I ada hati perasaan jugak " luah Rayyan.

Selama ini sudah cukup sabar dengan Jasmin. Kali ini gadis itu benar-benar mencabar kesabarannya.

" Sayang. You cakap apa ni? Yang you nak marah-marah I kenapa pulak? Kan I dah minta maaf tadi " .

" Terpulanglah Jas. Kalau you rasa you nak kahwin dengan I, kahwin lah. Kalau you lebih sayangkan kerja you tu you pergi lah kejar kerja you tu. Tapi ingat, one day you akan menyesal " Rayyan terus berlalu meninggalkan Jasmin sendirian di taman itu.

Jasmin mengeluh perlahan. Nasib baik lah dia datang ke taman ini dengan memandu keretanya sendiri. Kalau tak, tak pasal-pasal dia kena menaiki teksi untuk pulang ke rumah.

IPhone miliknya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Jasmin cepat-cepat mengeluarkan iPhone nya daripada dalam beg tangan.

Dia tersenyum lebar melihat nama pemanggil di skrin telefonnya.

" Hello Suzy " .

" Hello Jas. Kau kat mana tu? Madam Rose nak jumpa kau. Katanya nak bincang dengan kau pasal job baru tu. Kalau kau free, datang studio sekarang " kedengaran suara Suzy, kawan baik Jasmin di talian.

" Okay sekejap lagi aku sampai " .

Panggilan terus ditamatkan. Jasmin menghidupkan enjin keretanya. Dia terlupa seketika soal Rayyan. Nanti sahajalah dia pujuk lelaki itu. Lagipun rajuk Rayyan bukannya lama.

???

" Assalamualaikum " .

Yasmin yang sedang memotong sayur di dapur tergesa-gesa ke pintu utama untuk melihat tetamu yang datang.

" Eh abang Rayyan " .

Rayyan tersenyum nipis.

" Jemputlah masuk " pelawa Yasmin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience