Part 3.

Romance Completed 131225

" Ibu dengan ayah mana? " soal Rayyan.

Dia melabuhkan punggungnya di sofa. Kebetulan tadi dia lalu di taman perumahan bakal mertuanya, jadi dia sengaja singgah.

" Oh ibu dekat atas tengah solat. Ayah pulak baru jer keluar jumpa kawan. Err Kak Jas pulak belum balik lagi " jawab Yasmin.

" Abang tahu " Rayyan mengangguk perlahan.

Dia sudah mengagak Jasmin tiada di rumah. Lagipun dia datang ke sini bukan untuk berjumpa dengan Jasmin.

" Abang duduklah dulu ea. Yas pergi buat air sekejap " .

" Eh tak payah susah-susah lah Yas. Abang datang saja nak jumpa ibu dengan ayah " .

" Takpa lah. Tak susah pun. Lagipun tadi Yas ada buat agar-agar pandan. Boleh abang makan. Sekejap ya " Yasmin terus berlalu ke dapur semula.

Rayyan hanya memerhati. Sungguh berbeza perwatakan Jasmin dan Yasmin. Yasmin seorang gadis yang bertudung litup dan lemah lembut. Jasmin pulak agak seksi pemakaiannya kerana dia seorang model.

" Rayyan? Bila sampai? " soal Puan Zahrah yang baru sahaja turun daripada tingkat atas.

" Baru jer ibu " jawab Rayyan.

Dia bangun dari duduknya dan bersalam dengan Puan Zahrah.

" Lah kenapa tak beritahu nak datang? Kalau tak boleh ibu masakkan yang special sikit " .

" Takpalah ibu. Rayyan tadi ada kerja sikit dekat area sini, tu yang dah alang-alang singgah lah rumah ibu. Lagipun dah lama tak jumpa ibu dengan ayah kan " .

" Haa itu lah. Rayyan sihat ke? " .

" Alhamdulillah sihat " .

Yasmin keluar daripada dapur sambil membawa dulang yang berisi nescafe panas dan agar-agar pandan yang dia buat semalam.

" Jemputlah minum bang " pelawanya.

" Haa ya. Terima kasih " ucap Rayyan.

" Jas tahu tak Rayyan datang sini? " soal Puan Zahrah.

" Tak tahu pun ibu. Rayyan ada call dia tadi, tapi dia tak jawab pulak. Mungkin sibuk agaknya " .

" Jemputlah minum ya Rayyan. Rasa lah agar-agar pandan yang Yas buat tu. Maaflah ibu tak tahu pulak Rayyan nak datang, kalau tak boleh hidangkan Rayyan makanan yang berat-berat sikit " .

" Tak apalah ibu. Ini pun dah cukup. Lagipun tadi Rayyan dah singgah makan " .

Rayyan mengambil seketul agar-agar dan menyuap ke dalam mulut.

" Sedapnya agar-agar ni. Pandai Yas buat " puji Rayyan.

Yasmin hanya tersenyum kecil.

" Yas sekarang ni kerja apa ea? " soal Rayyan ramah.

Dia jarang berbual dengan adik tunangnya itu. Selalunya apabila dia datang ke rumah, Yasmin tiada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience