Part 15.

Romance Completed 131225

Air mata Yasmin tidak berhenti mengalir. Semakin hancur hatinya saat mendengar perbualan keluarga mertuanya sebentar tadi.

Jahat sangatkah dirinya sehingga sanggup dituduh seperti itu?

Yasmin pantas mengesat air matanya apabila pintu bilik terbuka. Dia tidak mahu Rayyan nampak dia menangis. Pasti lelaki itu akan mengajak dia pindah ke rumah lain.

" Yas. Buat apa tu? " soal Rayyan.

" Yas tak buat apa-apa pun " jawabnya.

" Yas okay ke tak ni? " soal Rayyan prihatin.

" Yas okay. Abang tak perlu risau " .

Rayyan melihat jam di dinding, baru pukul 9.15. Awal lagi jika hendak tidur. Lagipun dia masih belum mengantuk.

" Yas, nak tengok gambar-gambar lama abang tak? " soal Rayyan.

" Boleh jugak " jawab Yasmin.

" Okay sekejap abang ambil " Rayyan membuka laci almari biliknya.

Dia mengeluarkan sebuah album berwarna biru.

" Jom kita tengok " Rayyan duduk di atas katil. Belakang badannya disandarkan pada kepala katil.

Yasmin teragak-agak untuk duduk di sebelah Rayyan.

" Mari lah Yas " panggil Rayyan.

Perlahan-lahan Yasmin mendekati Rayyan. Dia duduk di sebelah Rayyan. tiba-tiba Rayyan menarik tubuhnya agar lebih rapat.

" Ni gambar abang masa kecil-kecil dulu " katanya sambil menyelak album gambar itu.

Yasmin tersenyum sendiri melihat satu persatu gambar Rayyan. Comel!

" Ni abang ke? Kenapa pakai baju gaun ni? " Yasmin ketawa mengekek melihat Rayyan memakai baju gaun. Siap ada renda lagi.

" Yas janganlah gelak. Malu abang. Ni makcik-makcik abang sengaja pakaikan abang gaun ni " ceritanya.

" Tapi abang tetap comel " puji Yasmin.

Rayyan merenung wajah polos Yasmin. Dia tersenyum sendiri. Yasmin menoleh apabila dia terasa diperhatikan.

" Kenapa abang tengok Yas macam tu?" soalnya. Ada getar pada suaranya.

" Abang suka tengok benda-benda yang indah " .

" Dah tu kenapa abang pandang Yas?".

" Sebab Yas indah. Sejuk jer hati bila tengok Yas " .

Yasmin terkedu. Dia hanya tersenyum hambar.

Sambil melihat album gambar itu, Rayyan banyak menceritakan tentang dirinya. Lagipun Yasmin belum benar-benar mengenalinya. Entah kenapa dia lebih selesa bercerita dengan Yasmin berbanding Jasmin. Dengan Jasmin, dia jarang bercerita soal dirinya.

" Yas oh Yas " panggil Rayyan.

Puas dia bercerita Yasmin hanya diam. Dia melihat wajah gadis itu, Yasmin sudah terlena dibuai mimpi rupanya.

Rayyan menyelak rambut Yasmin yang menutup wajahnya. Dia merenung lama wajah Yasmin.

" I love you " ucapnya perlahan.

Tiba-tiba sahaja bibirnya menuturkan ayat keramat itu. Rayyan juga terus terlena.

Mereka tidur dalam keadaan duduk. Kepala Yasmin terlentok di bahu Rayyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience