Part 10.

Romance Completed 131225

" Yas, abang nak cakap dengan Yas sekejap " beritahu Rayyan.

" Boleh apa dia? " Yasmin melipat sejadah yang mereka gunakan tadi.

" Duduk sini " Rayyan menepuk-nepuk tilam di sebelahnya.

Perlahan-lahan Yasmin duduk di situ.

" Abang nak cakap apa? " soalnya.

" Jujur dengan abang, Yas rasa terpaksa ke kahwin dengan abang? " soal Rayyan.

Dia menatap mata Yasmin.

" Tak. Yas tak rasa terpaksa pun. Yas buat semua ni untuk jaga maruah kita semua " jawabnya.

" Abang tahu abang tak sepatutnya libatkan Yas dalam hal ni. Tapi abang nak Yas tahu lepas jer abang lafaz akad nikah tadi, abang dah anggap Jasmin tak wujud lagi dalam hidup abang. Yas jangan anggap abang terus tunggu Jas balik. Abang tak akan tunggu. Abang nak kita mulakan hidup baru " .

Yasmin hanya diam.

" Abang tahu Yas tak cintakan abang. Tapi kita boleh mula daripada awal. Perlahan-lahan. Abang buka hati abang untuk mencintai Yas dan abang harap Yas pun buat benda yang sama. Abang tak nak Yas anggap perkahwinan ni hanya sementara. Tolong jangan fikir macam tu. Boleh?".

" Insya Allah. Yas tak janji. Jodoh dan pertemuan Allah yang tentukan " jawab Yasmin.

Itu saja yang boleh dia jawab. Dia tidak mahu berjanji dengan Rayyan. Dia takut dia sendiri tidak dapat menunaikan janjinya jika Jasmin pulang suatu hari nanti.

" Abang tahu. Abang nak kita terus bersama hanya Allah yang boleh pisahkan kita " .

Yasmin terkedu. Mudahnya Rayyan membuang perasaannya pada Jasmin.

" Yas ada boyfriend? " soal Rayyan tiba-tiba.

Yasmin menggelengkan kepalanya.

" Yas tak pernah bercinta " jawabnya jujur.

Seumur hidupnya dia memang tidak pernah bercinta kerana ingin menjaga ikhtilat.

" Beruntungnya abang jadi suami Yas. Thank you for everything Yas " Rayyan menggenggam erat tangan Yasmin.

" Besok abang bawa Yas tinggal dengan family abang ya " beritahu Rayyan.

" Yas ikut jer " .

" Yas malu dengan abang ke? " soal Rayyan.

Sejak daripada tadi Yasmin hanya menunduk saja. Tidak memandang langsung wajahnya.

" Ta..tak..takdelah mana ada " jawab Yasmin tergagap-gagap.

Rayyan ketawa kecil.

" Abang tahu Yas malu " .

" Yas tak biasa berdua-duaan dengan lelaki dalam bilik macam ni " jawabnya jujur.

" Abang faham. Yas, boleh tak Yas janji dengan abang Yas tak akan pernah sebut nama Jasmin lagi? " .

Yasmin terus memandang wajah Rayyan.

" Tapi kenapa? " soalnya.

" Abang dah tak nak ingat semua tu lagi. Yas tolong jangan sebut nama dia lagi ya? Abang merayu sangat. Macam abang cakap tadi, abang nak kita mulakan hidup baru " .

Yasmin hanya mengangguk perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience