Part 16.

Romance Completed 131225

Sayup-sayup azan subuh kedengaran menyedarkan Yasmin dari tidurnya. Dia terus membuka mata. Terasa seperti ada yang melingkar di pinggangnya. Yasmin terkejut melihat tangan Rayyan berada di pinggangnya atau dengan erti kata lain, lelaki itu sedang memeluknya.

Yasmin cepat-cepat mengalihkan tangan Rayyan. Dia turun daripada katil dan terus melangkah masuk ke dalam kamar mandi untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.

" Abang, abang...bangun " kejut Yasmin lembut.

Dia menepuk perlahan lengan Rayyan.

" Hmm " jawab Rayyan.

Dia menggosok-gosok matanya.

" Dah subuh ke? " soalnya.

" Dah. Yas tunggu abang. Lepastu kita solat berjemaah " .

Rayyan mengangguk perlahan. Kakinya melangkah menuju ke kamar mandi.

Sementara menanti Rayyan mandi, Yasmin duduk seketika di birai katil. Matanya terpandangkan dinding bilik Rayyan. Rasanya semalam ada lagi bingkai gambar Rayyan dan Jasmin ketika bertunang dulu. Sekarang sudah tiada. Kenapa Rayyan perlu mengalihkannya?

Selepas solat, Yasmin ingin menanyakan soal bingkai gambar itu pada Rayyan.

" Abang " panggilnya lembut.

" Ya? " jawab Rayyan.

" Yas nak tanya sikit boleh tak? " soalnya.

" Apa dia? Tanyalah. Yas nak tanya banyak pun tak apa " .

" Mana bingkai gambar yang tergantung kat dinding ni? Kenapa abang alihkan? " soalnya.

" Abang bukan alihkan. Tapi abang dah bakar gambar tu " jawab Rayyan selamba.

Terkejut Yasmin mendengar jawapan Rayyan.

" Kenapa abang bakar gambar tu? Tu kan gambar waktu pertunangan abang dengan Kak Jas " .

" Untuk apa abang terus simpan gambar tu lagi? Dah tak ada sebab yang kukuh untuk abang simpan gambar tu lagi. Jas masa lalu abang dan sekarang isteri abang Yas. Bukan Jas " .

Yasmin terdiam. Wajah serius Rayyan tidak berani dipandang.

" Yas, kan abang dah pernah cakap tolong jangan sebut nama Jasmin lagi. Abang dah tak nak dengar. Yas dah janji kan untuk mulakan hidup baru dengan abang. Kalau betul Yas memang tak boleh untuk cintakan abang sekalipun, jangan sebut nama Jasmin lagi " Rayyan terus keluar daripada bilik.

Yasmin ditinggalkan dengan penuh rasa bersalah. Dia menepuk mulutnya perlahan. Kalau lah dia tidak sibuk bertanyakan soal gambar itu, pasti Rayyan tak akan marah dengannya.

Dan sekarang ni Rayyan sudah berkecil hati pula dengannya. Hendak memujuk dia bukannya pandai. Apatah lagi memujuk lelaki. Seumur hidupnya dia tidak pernah memujuk mana-mana lelaki.

Argh Yasmin! Ni semua salah kau. Yasmin mengutuk dirinya sendiri. Pagi-pagi lagi sudah membuat Rayyan marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience