Part 11.

Romance Completed 131225

Hari ini Yasmin akan mengikut Rayyan pulang ke rumahnya. Yasmin sedia maklum Rayyan tinggal bersama dengan keluarganya. Bukannya dia tiada rumah sendiri, tapi atas permintaan Datin Mastura yang mahu dia tinggal sekali.

" Yas, Yas jaga diri ya. Nanti telefon ibu. Kalau free, datanglah rumah ibu" berat hati Puan Zahrah untuk melepaskan anaknya pergi.

" Insya Allah ibu. Ibu pun jaga diri ya. Ayah, tengok-tengokkan ibu tau " .

" Iya Yas. Yas dah jadi isteri orang, jangan nakal-nakal. Dengar cakap suami. Jangan lawan cakap suami. Rayyan, kalau Yas ni buat silap tegurlah dia baik-baik ya " pesan Encik Hisyam juga.

" Insya Allah ayah. Nanti kalau Rayyan cuti, Rayyan bawa Yas datang sini ya. Ibu dengan ayah jangan risau. Rayyan akan jaga Yas baik-baik " .

Yasmin berpelukan seketika dengan Puan Zahrah. Selepas mereka bersalaman, Yasmin mengikut Rayyan masuk ke dalam kereta.

" Assalamualaikum ibu, ayah " .

" Waalaikumsalam " jawab mereka serentak.

Puan Zahrah menghantar pandangan sehinggalah kereta Rayyan hilang daripada pandangan matanya.

" Kesian Yas bang. Dia korbankan hidup dia untuk jaga maruah kita " luah Puan Zahrah.

" Mungkin jodoh Yas memang dengan Rayyan. Awak janganlah fikir sangat. Semua benda yang jadi, ada hikmahnya " pujuk Encik Hisyam.

" Saya harap rumah tangga dia orang berdua berkekalan hingga akhir hayat bang. Saya tak sanggup nak tengok Yas bercerai-berai " .

" Insya Allah. Kita sama-sama doakan kebahagian Yas. Awak jangan fikir yang bukan-bukan. Dah jom masuk " .

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah. Kini rumah itu sunyi tanpa gelak tawa Yasmin.

???

" Yas " panggil Rayyan lembut.

Matanya masih fokus pada pemanduan.

" Ya? " jawab Yasmin. Dia menoleh ke arah Rayyan.

" Yas tak kisah kan kalau kita tinggal sekali dengan family abang? " soal Rayyan.

" Tak. Apa salahnya kan kalau tinggal sekali. Yas okay jer " jawabnya.

Dia memang tiada masalah untuk tinggal sekali dengan mertuanya.

" Abang bukan apa, abang takut Yas tak selesa jer tinggal dengan family abang. Kalau Yas tak nak, Yas cakap jer. Kita boleh pindah rumah kita sendiri " .

" Eh tak apa bang. Yas okay jer. Tak ada masalah pun. Lagi ramai, lagi meriah kan " .

" Betul Yas tak kisah ni? " soal Rayyan minta kepastian.

" Iya bang. Yas tak kisah pun " .

Rayyan tersenyum kecil. Berbeza dengan Jasmin. Awal-awal lagi dia sudah beritahu Rayyan untuk pindah rumah sendiri jika mereka sudah berkahwin nanti. Katanya mahu lebih privasi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience