Part 4.

Romance Completed 131225

" Yas kerja dekat butik pengantin. Jadi designer dekat sana " jawab Yasmin.

Rayyan mengangguk faham.

" Dah lama kerja sana? " .

" Baru jer. Adalah dalam 4 bulan " .

Sementara menunggu Encik Hisham pulang, mereka bertiga berbual-bual kosong.

" Cantiknya bunga telur ni. Siapa yang buat ? " soal Rayyan apabila matanya terpandangkan bunga telur yang telah siap.

" Yasmin yang buat. Dia memang minat buat benda-benda macam ni " jawab Puan Zahrah bagi pihak Yasmin.

" Wahh pandainya Yas buat. Senanglah kalau Yas nak kahwin nanti. Tak perlu susah-susah nak beli, buat sendiri jer kan " .

" Itulah. Tapi nak menunggu Yas kahwin entah bila " .

" Lah kenapa pulak ibu? " .

" Yas ni mana ada boyfriend. Sibuk dengan kerja. Sampai tak sempat nak fikir pasal boyfriend " .

" Ibu...jangan lah cakap macam tu. Malu Yas tau " bisik Yasmin perlahan.

Rayyan hanya ketawa kecil.

" Alah mesti Yas ni ramai peminat kan. Ada lah tu ibu. Nanti tup tup datanglah rombongan meminang kat rumah " usik Rayyan.

" Harap macam tu lah kan " .

Rayyan melihat jam di tangannya. Sudah pukul 5.40 petang. Leka berborak sehingga tidak sedar hampir sejam lebih dia berada di rumah bakal mertuanya itu.

" Ibu, Rayyan minta diri dulu lah ya. Sampaikan salam pada ayah. Rayyan kena balik cepat, ada hal sikit kat rumah nak kena uruskan. Tu yang tak sempat nak tunggu ayah balik " .

" Haa iyalah. Nanti ibu beritahu ayah. Hati-hati memandu tu " pesan Puan Zahrah.

Dia menghantar Rayyan sehingga ke muka pintu.

" Assalamualaikum ibu " .

" Waalaikumsalam " jawab Puan Zahrah.

Puan Zahrah memerhati sehingga kereta Rayyan hilang daripada pandangan.

???

Jasmin termenung sendiri di dalam biliknya yang telah dihias menjadi bilik pengantin. Esok dia dan Rayyan akan disatukan. Tapi entah mengapa dia tidak rasa gembira.

Sejak pergaduhan hari tu, Rayyan mulai berubah. Dia jarang menghubungi Jasmin. Mungkin dia masih merajuk.

" Betul ke keputusan yang aku buat ni ha? " soalnya sendirian.

Dia melihat jam di dinding, sudah pukul 2.30 pagi. Dia yakin semua ahli keluarganya sudah tidur ketika ini.

Jasmin telah membuat keputusan untuk melarikan diri. Lagipun dia seperti sudah tiada hati dengan Rayyan. Semakin lama perasaan sayangnya pada lelaki itu semakin pudar.

Lebih baik dia melarikan diri daripada terus berkahwin. Untuk apa dia berkahwin jika perasaan cinta itu sudah tiada. Rayyan juga seperti acuh tak acuh sahaja untuk berkahwin dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience