Part 17.

Romance Completed 131225

Yasmin turun ke tingkat bawah untuk mencari Rayyan. Entah ke mana suaminya itu pergi agaknya.

Dia bercadang untuk membantu mertuanya menyediakan sarapan di dapur. Mana lah tahu boleh ambil hati mertuanya. Biarpun Mak Jah ada, Datin Mastura rajin masuk ke dapur untuk memasak.

" Selamat pagi mama, Mak Jah " tegur Yasmin sebaik tiba di dapur.

Mak Jah tersenyum lebar pada Yasmin.

" Selamat pagi " jawabnya.

Datin Mastura pula hanya membuat tidak tahu. Dia meneruskan kerjanya memotong sayur kangkung. Hari ini dia bercadang untuk membuat nasi goreng kampung. Makanan kegemaran Rayyan.

" Nak Yas tolong apa-apa? " soal Yasmin.

Terasa janggal pula jika dia berada di dapur tapi tidak buat apa-apa.

" Tak payah. Kau tak payah nak tolong apa-apa " tegas kata-kata Datin Mastura.

Yasmin terdiam. Dia memandang ke arah Mak Jah. Mak Jah menunjukkan wajah simpatinya terhadap Yasmin.

" Haishh panas betul dekat dapur ni " Datin Mastura sengaja memerli menantunya itu.

???

Selepas bersarapan, Yasmin membantu Mak Jah membasuh pinggan mangkuk yang kotor.

Selesai membasuh pinggan, dia ingin mencari Rayyan. Ketika sarapan tadi, Rayyan hanya diam. Nampaknya dia masih marahkan Yasmin.

Yasmin ingin melangkah ke gazebo. Rasanya Rayyan ada di situ. Ketika dia berjalan melintasi Rayna, gadis itu sengaja melanggar Yasmin.

" Hey buta ke?! " herdiknya pada Yasmin.

" Maaf Ayna. Yas tak perasan " pintanya.

Padahal bukan salahnya pun.

" Kau ni memang menyusahkan orang kan?! Menyemak jer. Sakit mata aku tengok muka kau! " herdik Rayna lagi sebelum berlalu.

Yasmin hanya diam. Dia berbisik sendiri pada hatinya agar terus bersabar.

Dia tersenyum sendiri melihat Rayyan ada di gazebo. Lelaki itu sedang duduk termenung panjang. Pantas dia mendekati suaminya itu.

" Abang, buat apa tu? " soalnya. Dia terus melabuhkan punggungnya di sebelah Rayyan.

" Tak ada apa " jawab Rayyan dingin.

" Abang, Yas minta maaf kalau abang terasa dengan Yas pagi tadi. Yaa tak berniat nak buat abang marah. Yas tahu Yas lah sebab ungkit kisah abang dengan Kak Jas. Maafkan Yas? " .

Rayyan hanya diam.

" Abang, janganlah buat Yas macam ni. Yas minta maaf sangat-sangat. Yas janji tak buat lagi. Tolong maafkan Yas " rayunya lagi.

" Yas minta maaf lepastu Yas buat lagi? " perli Rayyan.

Mata Yasmin sudah berkaca. Sampai hati Rayyan menuduhnya sebegitu. Lagipun dia bukan sengaja mengungkit soal kakaknya pagi tadi. Niatnya cuma ingin tahu ke mana Rayyan mengalihkan bingkai gambar itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience