Bab 2

Other Completed 6875

BAB 2

Fayyad melangkah ke sebuah bangunan yang megah berdiri di pinggir kota Kuala Lumpur. Alamat yang tertera di secebis kertas di tangannya diperhatikan. Setelah yakin bahawa dia telah tiba di tempat yang seperti yang tertera di alamat itu, Fayyad melangkah masuk ke dalam bangunan itu.

"Hey budak !" seseorang memanggil Fayyad apabila dia melangkah masuk ke dalam bangunan itu.

Mata Fayyad menangkap susuk tubuh seorang lelaki. Ya, lelaki itu yang dia jumpai ketika di pelabuhan. Dragon memeluk bahu Fayyad lalu membawanya menuju ke sebuah bilik. Dragon melekapkan tangannya pada pintu kaca yang berwarna gelap. Setelah beberepa seketika, pintu itu terbuka dengan sendirinya lantas mereka masuk ke dalam bilik itu.

Dragon memetik jarinya. Bilik itu diterangi lampu dan sebuah monitor yang besar berada di tengah-tengah bilik itu beroperasi sendiri. Fayyad kagum melihat kecanggihan teknologi di hadapan matanya.

"Aku tahu hidup kau susah sekarang ni. Tapi jangan risau. Aku akan bantu kau. Itupun kalau kau sudi lah" Dragon menarik tangan Fayyad lalu meletak beberapa keping duit RM100 ke dalam genggaman Fayyad.

Mata Fayyad berkelip berkali-kali. Tidak pernah lagi dia memegang duit sebanyak itu. Tiba-tiba dia teringatkan nasib adiknya di rumah anak-anak yatim. Tanpa berfikir panjang Fayyad menerima tawaran Dragon. Tapi dia tidak tahu, penerimaan itu bakal mengubah seluruh hidupnya.

Dragon menekan buzzer di atas meja. Tidak lama kemudian seorang lelaki bermata sepet masuk. Dari pemerhatian Fayyad, lelaki itu berbangsa Cina. Dragon bercakap dengan lelaki itu menggunakan bahasa yang agak asing bagi Fayyad. Mungkin berbahasa Cina ataupun bahasa lain.

"Budak, ini Joshua. Dia akan bawa kau ke Beijing esok untuk training kau." lelaki bernama Joshua itu tersenyum memandang Fayyad.

***

Joshua membawa Fayyad pulang ke apartment miliknya di Shah Alam setelah selesai membeli-belah barang kepunyaan Fayyad. Joshua bukan orang biasa di mata Fayyad. Dalam perkiraan Fayyad, Joshua berusia lingkungan 20-an.

"Bro, kat hujung sana tu bilik kau. Esok pagi aku akan kejut kau. So, don't worry, kau tidur ja nyenyak malam ini." ujar Joshua dalam pelat cinanya.

Fayyad membawa barang-barang yang dibeli tadi lalu menuju ke bilik yang diberitahu oleh Joshua sebentar tadi. Kagum dia rasa apabila melihat saiz bilik itu yang dilengkapi katil bersaiz king, sofa dan televisyen LED. Bilik itu juga mempunyai balkoni yang agak luas. Setelah meletakkan barang ke atas katil, kakinya melangkah ke arah balkoni.

Udara pada malam itu nyaman sekali. Pemandangan bandaraya Kuala Lumpur dapat dilihat dengan jelas dari apartment itu. Lama dia duduk termenung di situ memikirkan nasib dirinya pada masa akan datang. Entahlah apa yang dia akan hadapi nanti.

"Hey bro, kau tak tidur lagi. Ini aku ada sediakan nescafe untuk kau." Entah bila Joshua memasuki biliknya bersama dua mug nescafe.

Joshua menghampiri Fayyad lalu menyerahkan mug berisi nescafe kepada remaja lelaki itu. Fayyad berasa agak kekok kerana dia masih belum sempat berkenalan dengan Joshua. Tapi Joshua pula sebaliknya, dia melayan Fayyad bagai telah lama kenal.

"Kau nak tahu bro. Dulu aku pun macam kau. Hidup di lorong-lorong gelap di Setapak sana. Tapi Dragon selamatkan aku. Dia yang bawa aku keluar dari dunia gelap tu." Joshua memulakan perbualan apabila dia nampak Fayyad agak kekok.

Fayyad perasan Joshua mempunyai tattoo bercorak naga pada bahagian belakang lehernya. Tubuh lelaki itu cukup sempurna bersama otot-otot yang kuat pada bahagian lengan dan dadanya. Remaja hari ini menggelarnya sebagai sado.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience