Bab 6

Other Completed 6875

BAB 6

Pagi itu Fayyad meninggalkan rumahnya awal pagi sebelum adiknya terjaga. Dia meninggalkan sticky note pada peti sejuk berpintu dua.

'Sorry, aku tak sempat nak tunggu kau bangun. Aku perlu cepat. Duit untuk kau berbelanja selama dua bulan aku tinggalkan dalam closet bilik aku. Maaf, atas sikap aku yang tak matang semalam. Bye.'

Dia menarik bagasinya keluar dari pangsapuri. Joshua sudah sedia menunggunya di tempat letak kereta. Joshua memandu kereta ke Institut Perubatan di Shah Alam. Fayyad sudah memilih takdrinya untuk bergelar seorang doktor.

"Bro, dah sampai. Kau jaga diri ya." ujar Joshua lalu terus memecut keretanya.

Fayyad melangkah ke arah dewan besar institut tersebut. Orang ramai memenuhi dewan itu untuk pendaftaran. Fayyad melangkah ke tandas sebelum melakukan pendaftaran. Dia ingin mengemaskan dirinya terlebih dahulu. Usai mengemaskan diri, Fayyad meneruskan langkahnya ke arah ruangan pendaftaran. Dia mengeluarkan kad pengenalannya lalu dihulurkan kepada kerani yang berada di meja pendaftaran.

"Erhh, melayu rupanya. Ingatkan chinese tadi." ujar kerani itu apabila melihat kad pengenalan Fayyad.

Fayyad hanya tersenyum simpul. Setelah selesai pendaftaran, Fayyad masuk ke dalam dewan untuk sesi ceramah untuk pelajar semester satu. Dia mendapatkan tempat di tengah-tengah dewan. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.

"Bro, ushar awek sama. Jangan sampai orang anggap kau gay. Hahahahahaaa" Joshua menamatkan panggilan.

Fayyad menggumam. Tak guna punya Joshua. Ada saja perkara yang dia nak kenakan. Setelah ceramah berakhir, kesemua pelajar diagihkan mengikut kumpulan yang ditetapkan oleh senior iaitu pelajar semester akhir. Fayyad mendapat kumpulan dengan dua orang lelaki dan dua orang perempuan.

Kini tiba sesi pengenalan bersama senior dan ahli kumpulan. Fayyad lebih banyak mendiamkan diri. Dia memerhati lelaki berkaca mata yang sedang memperkenalkan diri itu.

"Hai, nama saya Izzat. Saya berasal dari Johor dan berumur 21 tahun." ujar lelaki yang bernama Izzat itu. Dari sudut pandangan Fayyad, Izzat nampak seperti ulat buku tetapi bukan si skema.

Sekarang tiba giliran Fayyad. Dia agak kekok untuk berborak dengan orang yang tidak dikenali. Sesekali Fayyad berdehem sebelum memulakan percakapan.

"Saya Fayyad. Berasal dari Kuala Lumpur. Umur 21 tahun." Fayyad tersenyum.

Senior yang bernama Khairul itu menepuk tangan setelah Fayyad selesai memperkenalkan diri. Seperti biasa, orang yang baru mengenalinya akan terkejut kerana memikirkan Fayyad adalah berbangsa Cina. Selesai sudah sesi perkenalan. Fayyad senang sekali mengenali rakan-rakan sekumpulannya iaitu Izzat, Danial, Ika dan Tiffa.

Pelajar-pelajar semester satu diberi kunci bilik. Setiap bilik dihuni oleh dua orang pelajar. Institut itu mempunyai persekitaran yang sangat kondusif. Mungkin disebabkan institut itu swasta. Fayyad memasuki biliknya. Bilik yang cukup sempurna untuk pelajar perubatan. Bilik itu ada dua tingkat untuk memberi keselesaan kepada penghuni. Fayyad memilih tingkat atas sebagai tempat tidurnya agar lebih selesa.

Selesai mengemas barang, dia melangkah ke arah tandas yang berada di tingkat satu untuk membersih dirinya. Tidak lama selepas itu rakan sebiliknya pun masuk. Fayyad keluar dari tandas dengan memakai sehelai tuala.

"Erh... Fayyad." ujar teman sebilik yang sedang duduk di sofa yang disediakan dalam bilik itu di tingkat satu.

"Wehh Stephen. Kau pun study sini ya." Fayyad berjabat tangan dengan Stephen. Senang sekali dia apabila rakan sebiliknya seseorang yang dia kenal.

Setelah berbual seketika, Stephen mula sibuk mengemas barangnya. Fayyad pula terus mendaki tangga menuju ke katilnya. Sehelai lagi tuala yang disimpan di dalam almari dicapainya lalu digunakan mengelap rambutnya yang keperangan. Fayyad menyarungkan sehelai seluar pendek lalu membaringkan tubuhnya di atas katil. Perlahan-lahan matanya terlelap.

***

Bunyi deringan jam loceng mengejutkan Fayyad daripada tidur lenanya. Hari ini merupakan hari pertama orientasi untuk pelajar semester satu. Kesemua pelajar diminta berpakaian sukan dan berkumpul di padang institut. Fayyad mengenakan sepasang sport suit berwarna biru gelap. Sepasang airmax berjenama Nike menghiasi kakinya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Fayyad melangkah ke padang bersama Stephen.

Mereka berkumpul di dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan perlu untuk menghantar wakil untuk aktiviti pemanasan badan di atas pentas berhadapan dengan padang tersebut. Senior Khairul telah memilih Fayyad untuk mewakili kumpulan mereka. Semua bersorak riang apabila Fayyad sekali lagi dipilih mengetuai senaman pemanasan badan.

"Okay guys ! Can you hear me !" jerit Fayyad dengan suara yang lantang.

Soalan Fayyad disahut dengan jeritan ramai. Fayyad melakukan beberapa senaman ringan sebagai warming up. Setelah itu, beberapa orang senior lain mengambil alih untuk jogging di sekitar padang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience