Bab 4

Other Completed 6875

BAB 4

Tiga tahun kemdian.....

Cahaya matahari yang terang menyuluh masuk ke dalam bilik Fayyad. Matanya dibuka perlahan. Tubuhnya masih terasa letih dan sengal. Latihan tinju pada malam semalam meninggalkan kesan yang agak mendalam pada sendi-sendinya kerana itu adalah latihan terakhirnya. Kakinya diatur menuju ke arah tandas. Wajahnya dicuci dengan air suam yang telah disediakan oleh Mei Li.

Setelah mencuci muka dan menggosok gigi, Fayyad menanggalkan pakaiannya lalu melangkah masuk ke dalam jakuzi. Nyaman sekali dia rasa.

"Sir, this is your coffee." ujar Mei Li yang baru masuk. Gadis cina itu menundukkan sedikit wajahnya. Mungkin malu melihat Fayyad. Dahulu lelaki ini seperti remaja yang kebanyakan. Tapi kini tubuhnya sudah berubah menampakkan otot-otot yang kuat setelah banyak melakukan latihan bersama Joshua.

Fayyad membuka mata. Dia mengangkat tangannya lalu mencapai cawan kopi tersebut. Matanya melirik ke arah Mei Li, gadis cina itu tidaklah menarik perhatiannya walaupun kalau dilihat dari mata seorang lelaki Mei Li adalah gadis yang sangat cantik. Gadis itu juga yang banyak membantunya ketika di sini.

Mei Li melangkah ke arah closet Fayyad. Sehelai kemeja bersama sehelai seluar slack dikeluarkan lalu diletakkan di atas katil. Kemudian dia melangkah ke arah Fayyad semula lalu menghulurkan sehelai tuala.

"Thank you. You can go now" ujar Fayyad lalu terus berendam di dalam jakuzi itu.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Tangannya pantas mencapai telelfon itu lalu pembesar suara dibuka.

"Fayyad, kau punya permohonan nak masuk institut perubatan diluluskan. Nasib baik lah result STPM kau okay." ujar satu suara di talian.

Fayyad mencebik. Keputusan STPM miliknya adalah yang paling terbaik di sekolah. Masih dia ingat apabila dia memaksa Joshua menghantarnya pulang ke Malaysia semata-mata untuk menduduki peperiksaan itu. Walaupun dia telah mengambil keputusan untuk berhenti belajar tiga tahun lepas, Dragon terus-terusan menghalangnya.

"Bila aku boleh daftar masuk?" soal Fayyad.

"Sekarang pun boleh bro." ujar lelaki tersebut. Lelaki itu ketawa di hujung talian.

Fayyad mencebik apabila sedar dia sedang dipermainkan. Pantas saja dia menamatkan panggilan lalu menghubungi Dragon.

"Bos, saya nak pulang ke Malaysia malam ini." ujar Fayyad sambil tersenyum.

***

Nafasnya ditarik sedalam mungkin apabila kakinya mencecah tanah tempat kelahirannya. Dia rindukan suasana negaranya. Sudah lama dia tidak pulang ke situ. Fayyad mengatur langkahnya ke arah pintu balai ketibaan di KLIA. Kaca mata hitamnya ditanggalkan lalu disangkut pada kolar kemejanya. Fayyad kini kembali sebagai seorang yang baru. Dia sudah tidak lemah. Ada dendam yang masih tersimpan dalam hatinya.

"Tuan Fayyad !" jerit seseorang apabila Fayyad berada di luar KLIA.

Senyuman yang manis diukir lalu dia menuju ke arah sebuah kereta Honda Civic yang terparkir di hadapan pintu keluar KLIA.

"Tuan Dragon minta saya bawa Tuan Fayyad ke One Holding." ujar lelaki yang mesra dikenali sebagai Pak Aziz itu.

Fayyad mengangguk kepalanya lalu masuk ke dalam kereta. Sebenarnya dia ingin melawat adiknya dahulu di rumah anak yatim. Tahun ini adiknya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tapi, dia perlu bertemu Dragon terlebih dahulu. Setibanya di bangunan One Holding, Fayyad melangkah ke arah bilik bawah tanah yang pertama kali dijejaknya tiga tahun yang lepas.

"Fayyad.... Welcome back bro." Dragon menepuk-nepuk tangannya. Tangan Fayyad digenggam erat.

Pelbagai topik dibualkan oleh mereka. Dragon dapat melihat kelainan dalam diri Fayyad. Dahulu Fayyad tidak banyak cakap dan hanya menurut sahaja. Kini sikapnya, tubuhnya dan segalan-galanya berubah. Tapi masih ada rasa hormat terhadap orang lain dalam diri Fayyad.

"Bos, saya nak pergi melawat adik saya boleh? Sudah lama saya tak melawat dia selepas ibu meninggal." ujar Fayyad lalu menundukkan wajahnya.

"Pergilah bro. Ini kunci kereta kau. Kunci apartment kau pun ada. Nanti aku whatsapp alamat apartment kau." Dragon meletakkan segugus kunci diletakkan di atas tangan Fayyad.

Selepas itu Fayyad melangkah keluar dari One Holding. Hatinya berbunga-bunga apabila melihat kereta yang dihadiahkan oleh Dragon. Fayyad menghampiri kereta berjenama Honda CRZ itu. Perlahan-lahan tangannya mengusap kereta itu.

"Sudahla bro, naik ja. Bos dah hadiahkan. Nanti ada duit, beli sendiri kereta idaman kau." ujar Joshua yang baru keluar daripada Ferrari miliknya.

"Joshua, jom teman aku." ajak Fayyad.

Joshua mengangguk lalu melangkah ke arah kereta Fayyad lalu mengambil tempat di sebelah pemandu. Kereta Fayyad meluncur laju di jalan raya. Tak sabar dia nak bertemu dengan adiknya, Fahael. Kereta yang dipandu Fayyad memasuki perkarangan sebuah rumah anak yatim. Fayyad mengenakan kaca mata hitam. Dia melangkah ke arah pejabat rumah anak-anak yatim itu bersama Joshua.

"Assalamualaikum." ujar Fayyad apabila melangkah masuk ke dalam bilik pengetua.

"Waalaikummussalam. Silakan Encik." ujar seorang wanita berusia lingkungan 50-an.

Fayyad menyatakan hasratnya untuk bertemu Fahael. Pengetua yang dikenali sebagai Puan Rozana segera membawa Fayyad bertemu adiknya. Ketika itu, Fahael sedang leka membaca buku di tepi gelanggang badminton. Tidak semena-mena air mata Fayyad mengalir tapi cepat-cepat diseka olehnya. Sebab itulah dia memakai kaca mata hitam untuk menyembunyikan matanya.

"Fahael........"

Fahael menoleh ke arah belakang. Dahinya dikerutkan melihat lelaki di belakangnya. Pelik..... Dia tak kenal lelaki itu. Lagipun sudah hampir tiga tahun tidak ada sesiapa yang melawatnya. Abangnya pula entah ke mana menghilang. Fayyad menangalkan kaca matanya. Anak rambut yang berjuntaian di dahinya diselak ke belakang.

"Along... Kau pergi mana selama ini." Fahael memeluk abangnya erat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience