Bab 8

Other Completed 6875

BAB 8

Dragon meneguk segelas bir dengan rakusnya. Pandangan matanya diarahkan pada Joshua yang sedang berlutut.

"Joshua, kau kena ingat. Jangan sampai rahsia kita terbongkar. Kalau si Fayyad mengamuk habis kita semua." ujar Dragon sambil meraup wajahnya berkali-kali.

Walaupun Fayyad tidak pernah menunjukkan belangnya, dia tahu Fayyad sanggup lakukan apa sahaja untuk memuaskan hatinya. Disebabkan oleh itulah dia mengikut kehendak Fayyad untuk memasuki Institut Perubatan.

"Kelmarin dulu, si Fayyad belasah bapaknya. Tapi nasib adik dia ada." ujar Joshua pula.

"Kau pastikan Que awasi pergerakan Fayyad. Aku taknak hubungan kita dengan dia terjejas disebabkan rahsia itu bocor." Joshua mengangguk apabila mendapat arahan daripada Dragon.

Joshua meninggalkan bilik rahsia yang berada 40 tingkat ke bawah tanah di One Holding. Bilik itu juga menyimpan sebuah rahsia yang tak mungkin diketahui oleh Fayyad. Hanya Joshua dan Dragon sahaja yang boleh memasuki bilik itu dengan cap jari mereka.

Telefon bimbit Joshua berdering. Dia cepat-cepat menjawab panggilan itu.

"Joshua... Kau kena datang ke flat Fayyad sekarang." ujar seseorang di hujung talian.

Joshua menamatkan panggilan lalu bergegas ke flat. Setibanya di flat, Joshua mendapatkan Que yang sedang berada di sebalik tangga di bawah flat. Mereka sama-sama mendaki tangga lalu memasuki rumah Fayyad.

"Razak... Wah ! Bagus kau sekarang ni.." Joshua menepuk tangannya apabila melihat Razak sedang berusaha menyembunyikan beberapa paket dadah di bawah kabinet dapur.

Razak yang terkejut dengan kehadiran Joshua dan Que segera mencapai sebilah parang yang berada di bawah dapur. Joshua hanya tersenyum sinis melihat tindakan Razak. Sempat pula dia menyalakan rokok di mulutnya. Rokok itu disedut penuh nikmat lalu Joshua menghembus asap ke arah Razak.

"Kau nak apa ! Aku dah tak ada hutang dengan korang." jerit Razak sambil mengibas asap yang dihembus oleh Joshua.Joshua dan Que ketawa besar mendengar kata-kata Razak.

"Hey orang tua. Kau punya hutang dengan kitorang tak pernah habis. Berani kau curi barang aku. Kau memang cari nahas." Joshua mengeluarkan pistolnya yang tersisip di pinggang.

Que terus mengilas tangan Razak hingga terlepas parang di tangannya. Wajah Razak jelas menunjukkan dia sangat takut. Joshua mendekatkan wajahnya pada Razak. Pistol pula dihunus ke arah bawah dagu Razak.

"Kau dengar sini. Anak kau Fayyad tu aku dah training dia baik punya. Dia milik Dragon sekarang. Tapi kau jangan risau, aku akan jaga dia dengan penuh kasih sayang dan aku akan pastikan dia yang pecahkan kepala kau." Joshua menunjal kepala Razak.

Selepas mengambil semula barang mereka, Joshua dan Que berlalu pergi meninggalkan Razak. Joshua memasukkan barangnya ke dalam kereta kemudian dia mengarahkan Wue untuk kembali memerhati pergerakan Fayyad.

***

"Along... Kau pergilah balik kampus kau. Aku dah boleh bergerak la. SPM pun dah habis" Fahael mula bersuara.

Dia terasa seperti kanak-kanak saja apabila semua perkara abangnya akan buatkan untuk dia. Sampaikan dia nak bergerak sedikit pun Fayyad akan membantunya.

"Kau memanglah boleh bergerak. Tapi kaki kau tu belum sembuh lagi. Lagi banyak kau bebel, memang aku akan stay dengan kau 24 hours." Fayyad ketawa sinis.

Dalam hatinya sehabis mungkin mengutuk adiknya. Kononnya nak berdikari lah dengan kaki berbungkus tu. Tapi baru bergerak sikit dah banyak mengeluh. Fayyad melangkah keluar dari bilik Fahael. Tiba-tiba dia teringin nak pergi ke stor.

Sebelum ibunya meninggal dahulu, Marina ada meninggalkan sebuah kotak kepada Fayyad. Pesannya, Fayyad perlu membuka kotak itu apabila Fayyad sudah boleh berfikir dengan baik. Tangan Fayyad cepat mencapai sebuah kotak yang sudah agak berhabuk di atas almari di dalam stor itu. Semasa berpindah ke pangsapuri itu, dia tidak sempat untuk membelek kotak itu.

Penutup kotak itu dibuka. Banyak gambar vintage berada di dalam kotak itu. Fayyad mencapai sekeping gambar. Dia tersenyum sendiri. Gambar ibunya. Cantik sekali. Tapi apakan daya ibunya terpaksa mengharungi keperitan hingga ke akhir nyawanya. Kemudian dia mencapai sekeping lagi gambar. Dahinya dikerutkan. Di dalam gambar itu terdapat wajah ibunya, Razak dan Dragon.

"Dragon... Apa kaitan dia dengan ibu dan Razak. Pasti ada sesuatu yang tak kena." getus hati Fayyad.

Dia mula berfikir dengan waras. Kenapa Dragon memberikan segala kemewahan kepadanya. Fayyad bingung. Dia perlu menyiasat semua perkara yang berlaku itu.

***

Untuk kesekian kalinya Fayyad kembali ke flat tempat dia membesar. Tapi dia kembali ke situ bukan untuk pulang ke rumah, tapi untuk mencari sahabatnya, Izam. Fayyad mengatur langkahnya ke rumah Izam. Dia amat berharap agar sahabatnya itu masih tinggal di situ. Fayyad ternampak seseorang sedang bermain ukelele di hadapan pintu rumah Izam.

"Izam............." panggil Fayyad sambil menanggalkan kaca matanya.

Izam mengerutkan wajahnya. Dia pelik melihat Fayyad. Bukan pelik, tapi dia tidak mengenali sahabatnya itu.

"Fayyad !" Izam segera memeluk Fayyad apabila dia mengecam wajah Fayyad.

Fayyad menepuk-nepuk belakang Izam, Lama betul dia tidak berjumpa dengan Izam. Setelah beberapa ketika berbual, Fayyad mengajak Izam ke atas bumbung flat. Tempat mereka melepak dahulu.

"Kau pergi mana bro. Lepas ibu kau meninggal aku langsung tak jumpa kau." soal Izam.

"Ada ja bro. Aku tak ke mana-mana." Fayyad mengukir senyumannya.

Fayyad menghampiri dinding yang berada di hujung bumbung flat itu. Jarinya meraba-raba dinding yang berlumut itu lalu menguis lumut itu perlahan.

"Kau ingat lagi tak Fayyad. Kau yang ukir impian kau di sini dan aku di sebelah kau. Kau nak jadi doktor. Aku pula nak jadi polis." Izam terus ketawa terbahak-bahak apabila menghabiskan ayatnya. Fayyad pun turut ketawa bersama Izam lalu memeluk bahu sahabatnya.

Mereka duduk di tebing flat. Kaki dibiarkan berjuntaian ke bawah.

"Kau buat apa sekarang Fayyad?" soal Izam lalu membaringkan tubuhnya. Terik matahari membuatkan dia menutup mata dengan lengannya.

"Aku study bro. Impian tercapai nak jadi doktor." ujar Fayyad. Bulat matanya mendengar kata-kata Fayyad.

"Sekarang ini, aku tak nak bercerita tentang kerjaya aku. Aku nak minta tolong kau." Fayyad turut membaringkan tubuhnya. Kaca mata di atas kepala ditarik menutupi matanya. Fayyad tersenyum penuh makna memikirkan rancangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience