Bab 16

Other Completed 6875

BAB 16

Kain yang menutupi kepalanya direntap kasar. Joshua menutup matanya rapat apabila ada cahaya terang menyuluh matanya. Kedua-dua belah tangannya diikiat dengan rantai besi. Wajah dan tubuhnya dipenuhi kesan lebam dan darah.

"Kenapa kau khianati aku Joshua!" jerkah Dragon lalu menumbuk pipi Joshua.

Joshua hanya tersenyum penuh paksa. Dia sudah tidak kisah dengan kesakitan yang dihadapinya. Dia puas dapat membantu Fayyad dan dia merasakan itu adalah perkara terbaik yang pernah dia lakukan. Satu lagi tumbukan dilepaskan, Joshua mula memuntahkan darah.

"Bunuh saja aku Dragon. Kau tu bodoh. Kau silap kalau kau bermain dengan Fayyad. Kau bodoh Dragon ! Bodoh!" jerit Joshua lalu ketawa.

"Aku tak bodoh. Fayyad tu yang tak kenang budi." ujar Dragon pula. Dia takut sebenarnya. Dia tersangat takut. Dragon mengarahkan Que membuka rantai besi yang mengikat Joshua.

Joshua sudah tidak berdaya hendak bergerak tapi dia tetap memaksa dirinya untuk berdiri. Tapi dia tidak berdaya dan akhirnya Joshua jatuh tersembam. Dragon menghampiri Joshua lalu memijak belakang lelaki itu,

"Mana kawan baik kau? Dia takkan datang. Dia itu pengecut." Dragon mula ketawa seperti orang yang tidak siuman.

Pandangan mata Joshua kabur dan sekali lagi dia meuntahkan darah yang banyak. Akhirnya Joshua tidak sedarkan diri.

***

Fayyad menunggang superbike miliknya ke One Holding. Dia harus mencari Joshua. Izam pula sudah menantinya di sana.

"Izam, kau bawa apa yang aku nak?" soal Fayyad.

Izam mengangguk. Dia menyerahkan sepucuk pistol kepada Fayyad. Laju tangan Fayyad mencapai pistol itu lalu dia memeriksa peluru. Setelah berpuas hati Fayyad menyisip pistol ke pinggangnya. Dia juga menyediakan sebilah pisau yang diikat di pehanya.

"Bro, aku ada bawa seseorang untuk bantu kita." ujar Izam. Fayyad mengerutkan dahinya. Izam memetik jarinya sebagai isyarat.

"Stephen ...." Fayyad tidak faham. Stephen adalah anak saudara Dragon. Bagaimana pula dia boleh berpihak kepada dirinya.

Stephen memeluk bahu Fayyad. Dia mengenyik matanya pada Fayyad.

"Aku ni polis interpol bro. Aku kena siasat kegiatan bapa saudara sendiri. Nasib badan la. Kau mesti pening kan aku ini anak siapa sebab bapa kau dengan Dragon adik beradik. Bapa aku adik kepada bapa kau, dulu Dragon bunuh dia sebab nak bolot harta." ujar Stephen.

Fayyad terkejut. Tak sangka Dragon lebih jahat daripada yang dia ketahui. Dia sanggup membunuh adik beradik sendiri demi harta semata-mata.

"Aku ada bawa skuad interpol. Diorang dah ready dalam building. Kau pergi selamatkan Joshua. Aku dan skuad akan uruskan anak buah Dragon. Izam kau follow Fayyad. By the way, god luck cousin." Stephen menghilangkan dirinya ke dalam bangunan.

Fayyad lebih yakin sekarang. Dia menghampiri pintu tangga kecemasan dengan perlahan-lahan. Isyarat tangan diberi kepada Izam menandakan situasi terkawal. Mereka masuk ke dalam bangunan itu. Langkah mereka dibawa mendaki anak tangga dengan penuh berhati-hati.

"Aku tahu Joshua di mana. Nanti kita berhubung pakai bluetooth headset ja. Kau follow aku dari jarak jauh." Fayyad bergerak ke hadapan dahulu. Pistol yang tersisip di pinggang dikeluarkan.

Setibanya di tingkat empat Fayyad berhenti melangkah. Nampaknya tingkat itu penuh muslihat. Dia menyentuh dinding perlahan-lahan akhirnya dia terjumpa satu butang. Fayyad meletakkan telapak tangannya pada dinding itu untuk diimbas. Akhirnya sebuah pintu terbuka.

"Bodoh punya Dragon. Aku punya kod identiti tak delete lagi rupanya." ujar Fayyad sambil ketawa.

Fayyad ternampak Joshua yang terbaring tidak sedarkan diri. Darah berada di merata-rata tempat. Dia segera mendapatkan Joshua.

"Joshua aku datang ni. Bro, bangunla." dia menampar pipi Joshua perlahan-lahan. Tapi Joshua terlalu lemah.

"Izam, datang tingkat empat sekarang. Inform pada Stephen juga." Fayyad bercakap melalui headset.

Tidak lama selepas itu, Izam dan Stephen pun muncul. Stephen mengarahkan dua orang anak buahnya membawa Joshua keluar daripada bangunan.

"Aku harus cari Dragon. Aku harus selesaikan semua perkari hari ini juga." ujar Fayyad.

"No bro, biar pihak polis selesaikan. Jom blah." Stephen menarik Fayyad tetapi lelaki itu menolaknya.

Fayyad menolak Izam dan Stephen sekuat hatinya keluar daripada bilik itu lalu menutupnya secara automatik dari dalam. Sekarang hanya Fayyad yang mampu membuka pintu itu.

"Woi Fayyad ! Buka pintu ini. Bukan itu penyelesaiannya. Buka Fayyad." jerit Izam sambil menghentak pintu itu. Stephen juga turut sama menghentak. Tapi semua itu tidak berguna.

Fayyad tidak menghiraukan kata-kata rakannya. Dia melangkah masuk lebih dalam. Kelibat Dragon dicarinya dan tiba-tiba ada seseorang memacu sepucuk pistol ke arah kepalanya.

"Aku ingat kau bijak Fayyad. Rupanya kau bodoh. Aku tidak kisah anak buah aku semua kena tahan. Yang penting aku dapat bunuh kau." ujar Dragon.

Fayyad meronta-ronta.Dia hampir tidak boleh bernafas kerana Dragon turut mencekiknya dari belakang. Mata Fayyad mula bergenang air mata. Nafasnya tersekat.

"Lepaskan.. Aku bodoh."

Fayyad mengilas tubuhnya lalu merentap tangan Dragon. Pistol yanng dipegang oleh Dragon tadi sudah berada ditangannya. Dia mengacu pistol itu kepada Dragon.

"Aku tak ada senjata." ujar Dragon perlahan.

"Okay, best man win." Fayyad melempar pistol itu jauh.

Dragon menerkam ke arah Fayyad lalu menumbuk lelaki itu bertubi-tubi. Fayyad jatuh terlentang. Darahnya yang mengalir di bibirnya dilap dengan hujung jari. Dia bangun lalu menendang kaki kiri Dragon. Kemudian dia memijak dada lelaki itu.

"Aku takkan biar kau hidup senang. Kau hancurkan keluarga aku." tanpa Fayyad sedari, Dragon berjaya mencapai pistol yang dilempar oleh Fayyad sebentar tadi. Dua das tembakan dilepaskan ke arah Fayyad.

"Siapa yang bodoh sekarang Fayyad?" Dragon bangun berdiri lalu menolak Fayyad hingga tersembam. Banyak darah mengalir daripada perut dan dada Fayyad. Dia turut memuntahkan darah yang banyak.

"Kau tak boleh halang aku Fayyad. Kalau dari dulu aku bunuh Adi, pasti semuanya lebih mudah. Bapa dengan anak sama........" Dragon jatuh tersembam ke atas lantai. Fayyad telah menikam Dragon dengan pisau simpanannya. Tidak cukup dengan itu, dia mencapai pistol lalu menembak Dragon pula.

Fayyad terbaring keletihan. Dia memuntahkan darah sekali lagi. Dia rasakan dunianya gelap. Andai dia mati pada hari itu, dia gembira kerana sudah berjaya membalas dendam. Pandangannya mula kabur.

"Fayyad....!" Izam berlari mendapatkan rakannya. Skuad Stephen segera memeriksa Dragon, malangnya lelaki itu sudah mati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience