Bab 5

Other Completed 6875

BAB 5

Fayyad mengambil keputusan untuk menjaga Fahael demi menebus kesilapannya kerana mengabaikan adiknya. Esok Fayyad akan mendaftar masuk ke institut perubatan swasta di Malaysia. Cita-citanya untuk bergelar doktor akan tercapai juga tidak lama lagi.

Fahael sedang bertungkus lumus di dapur menyiapkan sarapan. Usai menyelesaikan solat subuh sebentar tadi, dia membaca buku untuk persiapan menghadapi peperiksaan. Setelah itu, dia mengerjakan kerja rumah dan memasak untuk abangnya. Sepanjang dia tinggal di rumahanak-anak yatim, dia diajar untuk berdikari oleh Ummi Rozana iaitu pengetua di rumah anak-anak yatim itu.

"Kau masak apa angah?" ujar Fayyad sambil menggosok-gosok matanya lalu duduk di kerusi yang tersedia di kabinet dapur. Sebiji buah epal dicapai lalu dikunyah perlahan.

"Nasi goreng ja along. Macam mana kau boleh jadi kaya macam ni along."

Fayyad hanya ketawa. Dia pun tak tahu macam mana nak menjawab soalan adiknya itu.

"Wei angah, esok aku akan sambung study. Kau boleh kan stay sorang kat rumah ni. Aku terpaksa stay di hostel untuk semester satu." ujar Fayyad.

Fahael mengangguk. Lagipun dia dah biasa duduk seorang diri.

"Along, jom melawat kubur ibu petang ni boleh?" soal Fahael.

"Okay, on saja. Aku pun dah lama tak pergi kubur ibu." Fayyad mencedok nasi goreng ke dalam pinggan. Dia makan dengan penuh selera. Sebenarnya dia tak sangka adiknya yang dulu pemalas, kaki lepas berubah menjadi seorang yang rajin sebegini.

Ding Dong !

Loceng pintu pangsapuri berbunyi berkali-kali. Nampaknya mereka ada tetamu pada awal pagi itu. Fayyad memerhati skrin cctv. Nampaknya Joshua adalah tetamunya. Tapi Joshua tidak keseorangan, ada seorang lelaki bersamanya. Fahael segera membuka pintu.

"Yoo bro, ini dokumen yang kau perlu bawa untuk pergi daftar esok." Joshua mengeluarkan sebuah fail daripada beg sandangnya lalu diletakkan ke atas meja.

"By the way, ini Stephen. Dia ini anak buah Dragon baru je pulang dari US." Stephen berjababat tangan dengan Fayyad.

Tidak lama lepas itu, Joshua dan Stephen pun meminta diri. Fayyad dan Fahael pula bersiap untuk pergi ke tanah perkuburan. Banyak perkara yang ingin mereka lakukan pada hari itu.

***

Usai membaca surah Yassin, Fayyad menyiram pusara ibunya dengan air mawar. Tangan Fahael pula laju mencabut rumput di atas pusara itu.

"Angah, jom. Nanti kita datang lagi." Fayyad bangun berdiri sambil menyapu kotoran pada seluarnya. Fahael pula mengikuti langkah abangnya. Sayu hatinya untuk meninggalkan kubur ibunya.

Fayyad memandu keretanya ke sebuah RnR yang berdekatan. Mereka perlu menukar pakaian kepada pakaian yang lebih kasual. Setelah menukar pakaian, Fayyad meneruskan perjalanan. Keretanya kini memasuki perkarangan beberapa buah flat.

"Along.....ini kan..." Fahael agak terkaku.

"Ini flat kita yang dulu. Aku teringin nak datang sini. Rasa macam ada sesuatu yang aku boleh dapat di sini."

Fayyad mendahului perjalanan mereka. Flat yang mereka duduki dulu masih tidak berubah. Kaki botol masih lagi suka melepak di lorong-lorong dan tangga. Fayyad semakin hampir dengan rumahnya. Dia pelik kenapa pintu rumah itu terbuka dan ada sepasang kasut di hadapan pintu itu. Tak mungkin ada orang yang tinggal di rumah itu kerana kunci rumah masih berada dalam simpanannya.

"Angah, kau tunggu sini." Fayyad menahan adiknya lalu terus melangkah. Kakinya menapak perlahan ke dalam rumah. Banyak botol arak bertaburan di ruang tamu. Kedudukan perabot rumah itu masih tidak berubah. Fayyad menuju ke dapur iaitu tempat di mana ibunya menamatkan riwayat. Dia seakan leka berdiri di situ mengingati sejarah silam.

Tiba-tiba dia terdengar suara orang ketawa dari dalam bilik. Perlahan-lahan tangannya menolak pintu itu. Fayyad terkaku apabila melihat ke dalam bilik itu. Bapanya sedang bersuka ria dengan seorang perempuan.

"Razak!" Fayyad meluru ke arah bapanya. Satu tumbukan dilepaskan ke perut Razak. Perempuan yang bersama bapanya berura-ura untuk melarikan diri tapi Fayyad segera menghentak kepalanya ke dinding,

"Fay..yad... Tolong.. Sakit...." rayu Razak yang berlumuran darah kerana dikerjakan oleh Fayyad.

"Kau tahu sakit ! Dulu kau buat macam ni pada ibu. kau tak fikir pula. Kau ni memang tak layak hidup kat dunia ni." Sepakan pula diberikan pada perut Razak.

Fahael yang mendengar bunyi kecoh segera berlari masuk. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat abangnya sedang membelasah ayahnya. Cepat saja dia meleraikan pergelutan itu.

"Ini baru sikit Razak. Kau tunggu saja. Aku akan buat kau terseksa seperti ibu. Kau memang tak guna Razak." Fayyad menarik tangan Fahael meninggalkan flat itu. Sebenarnya dia masih belum puas melepaskan amarahnya. Tapi dia memikirkan Fahael.

"Apa along buat ni. Dia masih bapa kita. Berdosa kita buat macam tu pada dia." Fahael merentap kasar tangan Fayyad apabila mereka tiba di kereta.

"Kau tahukan hidup kita dulu rosak sebab dia. Dia buat ibu meninggal. Kau buta ke Fahael. Kalau ikut hati aku, nak saja aku bunuh dia tadi." Fayyad menghambur marahnya pada Fahael.

Fayyad mengendahkan kata-kata adiknya lalu masuk ke dalam kereta. Mereka berdua dingin saja sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience