Bab 10

Other Completed 6875

BAB 10

Kesemua ahli kumpulan Dragon berkumpul di tepi pelabuhan. Fayyad juga dipaksa berkumpul sekali bersama ahli yang lain. Disebabkan Fayyad menyertai perjumpaan itu pertama kali, dia terasa begitu kekok. Joshua pula hanya tersenyum kepada Fayyad apabila lelaki itu meminta penjelasan akan situasi itu. Dragon berjalan ke arah tepi pelabuhan diikuti oleh Joshua, Fayyad dan Que.

"Tujuan aku nak jumpa korang hari ini sebab aku nak maklumkan pada korang yang kita ada ahli baru. Dia akan jadi bos kamu semua bersama dengan Joshua." Dragon menarik Fayyad ke depan.

Kesemua ahli kumpulan Dragon mula bersorak riang. Fayyad pula kebingungan. Dia menjadi bos kepada anak buah Dragon memang langsung tiada dalam perancangannya.

"Dengar sini Fayyad. Aku jaga kau selama ini bukan free. Kau kena bekerja untuk aku pula." bisik Dragon perlahan pada Fayyad.

Fayyad terkesima. Dia sudah tersalah percaturan. Kini dia terperangkap dalam kehidupan barunya. Joshua menghampiri Fayyad lalu memeluk bahu kawannya itu.

Setelah perjumpaan itu selesai, Joshua membawa Fayyad untuk pulang ke Institut. Tapi Fayyad tidak mahu pulang sebaliknya dia menyuruh Joshua menghantarnya pulang ke pangsapuri. Joshua mengikut saja kehendak kawannya dan tidak membantah. Dia tahu Fayyad masih terkejut dengan kejadian sebentar tadi.

Fayyad melangkah longlai ke arah tempat letak kereta bawah tanah di pangsapurinya. Kunci keretanya dikeluarkan lalu dia menghampiri kereta. Kemudian Fayyad memandu keretanya menyelusuri lebuh raya yang agak lengang ketika itu. Dia tidak tahu mana arah tujunya. Dia memecut keretanya laju melebihi 200 km/j. Hatinya sangat marah ketika itu. Tiba-tiba Fayyad memberhentikan keretanya di bahu jalan. Stereng kereta dihentak berkali-kali.

"Kau bodoh Fayyad ! Si Dragon tu cuba ambil kesempatan pada kau. Takkan itu pun kau tak nampak. Damm !" jerit Fayyad sekuat hatinya.

Tidak lama selepas itu Fayyad kembali memandu keretanya. Dia menuju ke arah Dataran Merdeka. Dia ingin menenangkan fikirannya untuk seketika. Fayad keluar dari keretanya lalu duduk termenung di hadapan kolam air pancut di dataran itu. Sedang dia termenung, telinganya menangkap alunan muzik yang sangat indah. Fayyad melangkah ke arah bunyi alunan muzik itu.

Orang ramai mengerumuni sebuah kumpulan buskers yang sedang membuat persembahan di situ. Fayyad tersenyum apabila melihat kumpulan buskers itu.

"Ayara.." nama gadis buta yang baru dikenali meniti di bibirnya.

Ayara sedang menyanyikan sebuah lagu daripada Carly Rae Jepsen yang bertajuk I really like you. Fayyad menolak tubuhnya ke dalam himpunan orang ramai untuk menghampiri kumpulan itu. Kini dia berada di depan kumpulan buskers itu. Fayyad duduk di situ sambil menikmati kemerduan suara Ayara.

I really wanna stop But I just gotta taste for it

I feel like I could fly with the ball on the moon

So honey hold my hand like making me wait for it

I feel could die walking up to the room

Ah Yeah ......

Ayara melambai-lambai tangannya di udara. Rakan-rakan buskers yang lain turut melakukan perkara yang sama. Fayad pula bagaikan terbuai dengan suara Ayara.

Late night watching television

But how we get in this position ?

It's way too soon

I know this is not love

But I need to tell you something

I really 6x

Like you and I want you

Do you want me?

Do you want me too?

"Yes I want you babe!" tanpa sengaja Fayyad terjerit. Semua mata tertumpu padanya. Ayara pula cuba mencari punca suara itu. Wajah Fayyad merona kemerahan, dengan segera dia meminta maaf kerana mengganggu persembahan itu. Kumpulan buskers itu meneruskan persembahan mereka hingga selesai. Salah seorang lelaki team buskers itu menghampiri Fayyad.

"Bro, are you okay?" soal lelaki tersebut pada Fayyad sambil tersenyum.

"I'm okay. Sorry sangat ganggu korang punya persembahan tadi." Fayyad menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Lelaki itu mengangkat bahunya lalu menarik tangan Ayara menghampiri Fayyad yang masih lagi duduk.

"This is Ayara. Semua orang tertarik dengan voice dia. Lagipun dia cantik juga. Oh by the way, aku Man." ujar lelaki bernama Man itu.

Ayara hanya tersenyum. Manis sekali senyuman itu pada pandangan Fayyad. Man segera meninggalkan mereka berdua untuk membantu rakannya yang lain mengemas alatan muzik.

"Ara... kenal saya?" soal Fayyad perlahan.

Ayara menyentuh wajah Fayyad dengan jemarinya. Dari kening turun ke mata hinggalah ke bibir lelaki itu. Ayara tersenyum lagi. Sudah pasti dia mengenali lelaki itu. Fayyad memimpin Ayara ke arah keretanya. Bila bersama gadis itu, semua masalahnya bagaikan lesap dibawa angin.

"Awak cakap awak kaki lepak ja. Habis tu ini kereta siapa. Confius betul dengan awak ni." ujar Ayara sambil melipat blind stick. Kusyen kereta Fayyad disentuh. Gebu dan lembut. Pasti kereta mahal.

"Saya pinjam dari kawan saya ja. Jom saya hantar awak balik." Fayyad mengambil tempat pemandu.

Fayyad menyentuh skrin radio. Lagu di corong radio pula seakan memahami hatinya. Yang paling terkesan ialah lagu Ariana Grande yang bertajuk One Last Time. Ayara turut menyanyi mengikuti rentak lagu itu. Apabila tiba bahagian chorus Fayyad berdehem dan berasa tidak selesa. Perlahan senyumannya terukir.

So one last time

I need to be the one who takes you home

One more time

I promise after that, I'll let you go

Baby, I don't care if you got her in your heart

All I really care is you wake up in my arms

One last time

I need to be the one who takes you home

Perjalanan mereka diiringi dengan nyanyian daripada Ayara dan Fayyad dengan dunianya sendiri.

***

Satu keputusan telah dibuat dan tak mungkin ditarik kembali. Fayyad menamatkan pengajiannya di Institut Perubatan. Stephen paling beriya-iya sedih dan menangis apabila rakannya itu membuat keputusan begitu.

"Fayyad, siapa nak marah aku kalau aku tak study? Siapa nak tarik telinga aku bila aku tertidur waktu kuliah? Siapa lagi nak digossipkan dengan aku bro?" Stephen menarik-narik tangan Fayyad.

"Erh kau ni. Aku tampar kang. Alah, aku stop pun sebab aku ada problem yang tak boleh nak elak. Nanti aku melawat kau ya. " Fayyad kembali menyibukkan diri mengemas barangnya.

Stephen berpura-pura merajuk lalu berjalan menuruni anak tangga. Dia menghempas tubuhnya ke atas katil lalu menarik comforter menyelubungi tubuhnya. Fayyad hanya tersenyum sinis melihat gelagat Stephen yang mengada-ngada itu.

"Kau ingat aku nak pujuk kau. Arhh, blah laa kau." jerit Fayyad.

"Woi, aku ingat nak pujuk." jerit Stephen pula.

Selesai mengemas barang, Fayyad membawa bagasi-bagasinya keluar dari bilik. Stephen turut membantu. Kesemua barangnya dimasukkan ke dalam kereta. Ketika itu, Joshua turut menemani Fayyad. Stephen berjabat tangan dengan Fayyad lalu memeluk rakannya itu. Walaupun baru kenal, Fayyad banyak membantunya ketika susah. Tidak sempat pula dia membalas budi lelaki itu.

Fayyad memasuki kereta diikuti Joshua. Stephen melambai-lambai tangannya setelah itu dia kembai ke dalam biliknya. Tiba-tiba dia perasan loker penyimpanan alatan perubatan miliknya terbuka. Laju saja kakinya menapak ke hadapan loker itu dan dia mempunyai sekeping sticky note.

Bro, aku pinjam kau punya alatan ya. Nanti aku pulangkan tau. Kalau kau tak mahu tunggu alatan kau ni, pergilah ambil alatan aku dekat fakulti atas nama aku. Hehehehe. Bye gayboy.

"Fayyad ! Aku cekik kau nanti kalau aku jumpa kau !" jerit Stephen sambil merenyuk sticky note di tangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience