Bab 15

Other Completed 6875

BAB 15

Fayyad menghabiskan masanya di pusat membeli-belah sementara menanti Fahael mengambil keputusan SPM di sekolahnya. Berkali-kali dia melihat telefon bimbitnya menanti panggilan daripada Fahael. Fayyad mengeluh. Dia berjalan menuju ke arah sebuah kedai kasut. Banyak pilihan kasut yang menarik di situ. Fayyaf mencapai sepasang kasut supra low tops.

"Hipster gila. Tapi aku dah banyak collection low tops." Fayyad melihat kasut di kakinya. Baru dua hari lepas saja dia beli kasut jenama Nike itu.

Akhirnya Fayyad membeli low tops itu untuk Fahael. Selesai membuat bayaran Fayyad meninggalkan kedai itu. Fahael masih belum menghubunginya. Jam tangan jenama Fossil di tangannya diperhati. Sudah pukul 12 tengah hari. Takkan Fahael tak ambil result lagi. Mungkin bergembira dengan kawan-kawan dia. Fayyad terpandang suatu poster.

"Kempen Menderma Organ." Fayyad membaca satu persatu yang tertera di poster itu.

Fayyad tersenyum lalu dia melangkah ke arah meja pendaftaran. Tidak ramai orang yang mendaftar untuk menjadi penderma organ. Fayyad dialu-alukan oleh petugas di meja pendaftaran.

"Encik nak mendaftar sebagai penderma?" soal petugas itu. Fayyad mengangguk. Dia diminta untuk mengisi borang pendaftaran. Selesai saja mendaftar, Fayyad terus berlalu pergi, Lagipun ketika mendaftar tadi, Fahael telah menghubunginya.

Kereta yang dipandu Fayyad tiba di hadapan sekolah. Ramai sekali pelajar lepasan SPM kelihatan gembira. Pasti mereka berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi. Fahael meluru masuk ke dalam kereta abangnya lalu menunjukkan slip keputusan kepada Fayyad.

"Whoa! Kau dah kalahkan result aku. Tahniah angah. A+ semua. Dasar otak cap alien pluto" Fayyad menggosok kepala Fahael.

"Of course la wei. Fahael kot." ujar Fahael bangga. Dia pun tidak sangka akan memperolehi keputusan cemerlang sebegitu. Bukan itu saja, dia juga dinobatkan sebagai tokoh pelajar dan pelajar cemerlang.

Fayyad memandu kereta pulang. Kini, mereka menetap di rumah Joshua. Dia tidak mahu keselamatan ayahnya terancam. Lagipun Joshua memberitahunya bahawa Dragon mengerah anak buahnya mencari Fayyad dan Adi.

"Angah kau masuk dulu. Tolong bagi ayah makan okay. Aku nak balik apartment kejap. Nak ambil barang." Fahael menggangguk lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

Sebenarnya dia menerima panggilan daripada Joshua ketika dalam perjalanan ke sekolah Fahael. Panggilan itu daripada Joshua tapi Dragon yang berada di talian. Semuanya sudah terbongkar dan nyawa Joshua berada dalam bahaya. Fayyad perlu menyelamatkan Joshua. Dia yang bertanggungjawab melibatkan Joshua

Fayyad memandu kereta ke flat. Dia perlu mendapatkan pertolongan Izam. Dia tak mampu nak hadapi anak buah Dragon seorang diri. Setibanya di flat, Izam sudah menantinya.

"Ada apa bro?" soal Izam sambil melangkah masuk ke dalam kereta.

"Plan kita dah terbongkar. Joshua dalam bahaya." ujar Fayyad.

***

Ayara melangkah ke arah beranda biliknya. Walaupun dia tidak dapat melihat, dia masih dapat rasai keindahan alam dengan mata hatinya. Dia sangat bersyukur kerana masih ada insan yang mahu membantunya.

"Hi Ara." Fayyad muncul dari belakang sambil membawa segelas susu.

Fayyad menarik Ayara duduk di kerusi batu yang tersedia di balkoni itu. Tangan Ayara ditarik perlahan lalu gelas susu diletak pada tangan Ayara.

"Thank Fayyad." ujar Ayara sambil meneguk susu itu. Fayyad tersenyum, sapu tangan dikeluarkan lalu dia mengelap bibir Ayara yang sedikit comot itu.

"Ara, sebenarnya saya akan outstation esok. Awak stay dengan Fahael okay." ujar Fayyad.

Riak wajah Ayara berubah. Sebenarnya dia bingung dengan lelaki bernama Fayyad ini. Dia tak tahu kehidupan Fayyad yang sebenar. Dari awal dia kenal Fayyad, dia tahu lelaki itu banyak berahsia dengannya. Tapi siapa dia untuk mengesyaki lelaki itu. Fayyad mencapai jemari Ayara, perlahan-lahan dia mengusap tangan gadis itu.

"Saya ada something nak beritahu awak Ara. Mungkin benda ini gila. Tapi saya harus beritahu semua ini sebelum terlambat." ujar Fayyad lagi.

"Apa yang awak nak cakap Fayyad? Macam penting ja."

Fayyad melepaskan tangan Ayara lalu berjalan ke arah hujung beranda. Kedua belah telapak tangannya dirapatkan lalu digosok. Dia tak tahu bagaimana nak mulakan percakapannya.

"Saya tak tahu apa akan jadi esok hari. Saya nak awak tahu yang saya sayangkan awak Ayara."

"Saya pun sayangkan awak sebagai kawan saya Fayyad." Ayara tersenyum.

Fayyad menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kawan? Oh tidak.

"No Ara, I love you more than a friend. Awak faham kan maksud saya. Saya rasa saya akan menyesal kalau tak beritahu awak perkara ini. Saya bukan kaki lepak yang awak ketahui. Saya pun tak tahu nak describe diri saya. Penjahat pun bukan. Doktor pun bukan. Saya bukan siapa-siapa. Saya ada segalanya dalam hidup ini kecuali kasih sayang." Fayyad mendekati Ayara lalu duduk melutut di hadapan gadis itu.

Ayara tidak faham dengan situasinya yang sekarang. Apa yang Fayyad cuba sampaikan. Fayad mencapai tangan Ayara lalu diletakkan di wajahnya.

"Awak harus ingat wajah saya Ayara. Mungkin ini kali terakhir awak akan jumpa saya." Ayara menarik tangannya. Dia terkejut dengan tindakan Fayyad.

"Apa yang awak merepek ni. Tinggalkan saya Fayyad." jerit Ayara.

Fayyad mengeluh. Silapnya juga tadi. Dia melangkah ke arah pintu bilik. Sesekali dia memandang Ayara kemudian terus pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience