Bab 9

Other Completed 6875

BAB 9

Fayyad kembali semula ke Institut Perubatan untuk meneruskan pengajiannya seperti biasa. Fahael pula sudah hampir sembuh dan dia berjaya memujuk abangnya kembali ke kampus. Fayyad menyarungkan jubah doktor ke tubuhnya. Sepasang steteskop dimasukkan ke dalam poket jubahnya. Hari ini buat pertama kalinya dia akan memasuki dewan pembedahan dan menyaksikan sendiri pembedahan yang bakal dilakukan.

"Weh bro! Tak sabarnya nak masuk operation room. Kalau teori memang sah aku mengantuk. Suka okay suka." Stephen menepuk bahu Fayyad. Mereka bersama-sama berjalan ke arah ruangan persalinan pakaian di sebelah bilik pembedahan.

Fayyad membuka lokernya. Sepasang pakaian khas untuk dipakai di dalam bilik pembedahan dikeluarkan lalu disarungkan ke tubuhnya. Selepas itu Fayyad dan Stephen pergi ke ruangan mencuci tangan yang disediakan khas untuk doktor.

"Fayyad, apahal kau murung saja lepas kembali dari cuti tu." soal Stephen sambil mencuci tangannya.

"Aku pun tak tahulah. Rasa moody semacam ja." balas Fayyad.

Stephen mengangkat bahunya lalu mereka pergi berkumpul bersama pelajar yang lain. Kesemua pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan akan mengikuti pembedahan jantung dan satu kumpulan lagi akan mengikuti pembedahan usus besar. Fayyad terpilih dalam pembedahan jantung.

Pensyarah yang bernama Professor Won memulakan pembedahan. Terdapat dua orang jururawat, seorang pembantu pembedahan dan seorang doktor yang membantu Professor Won melakukan pembedahan. Fayyad menutup wajahnya dengan menggunakan face mask. Dia begitu teruja melihat pembedahan itu.

"Scalpel..." Professor Won memberi arahan kepada pembantunya. Perlahan-lahan scalpel diletakkan di atas bahagian dada pesakit lalu ditarik perlahan-lahan.

Langkah demi langkah yang dilakukan oleh Professor Won, Fayyad perhati dengan penuh minat hinggalah ke jahitan terakhir. Professor Won juga sempat mengajar pelajarnya cara-cara menjahit luka pembedahan. Selepas itu, pesakit tersebut dimasukkan ke unit rawatan rapi.

***

Fayyad termenung di meja bacaannya. Buku psikologi dibiarkan terbuka di atas meja. Kaca matanya ditanggalkan lalu dia melangkah ke arah katil. Fikirannya runsing pada ketika itu. Izam masih belum memberitahunya apa-apa berita lagi mengenai siasatan tentang ibunya, Dragon dan Razak.

"Fayyad.. Oooo... Fayyad!" panggil Stephen dari tingkat satu. Fayyad melihat Stephen melalui celahan palang katilnya.

"Kau ada masalah ke. Cerr cita. Alah, takkan kau susah hati sebab gossip gay boy tu. Kita tak buat salah pun la. Rileks laa." ujar Stephen yang sedang melakukan tekan tubi di tingkat satu.

Fayyad mengecilkan matanya. Banyak-banyak perkara, tentang gossip gay boy tu juga dia ingat. Tak guna punya Stephen.

"Tak ada masa aku nak layan gossip gila tu. Aku straight okay. Kau tu tak tahulah." tempelak Fayyad.

Stephen serta merta menghentikan tekan tubinya lalu mendaki tangga ke tingkat dua.

" Wei bro, aku dating dengan ramai awek tau kat kampus. Mana mungkin aku gay." Ujar Stephen lalu menghempas tubuhnya ke atas katil. Fayyad pula hampir terjatuh apabila Stephen menolaknya.

"Esok kita dapat peralatan operation sendiri. Aku nak pegang scalpel tu ja. Hairan betul bagaimana scalpel kecik tu boleh jadi tajam gitu." ujar Stephen teruja.

Fayyad menggeleng-geleng kepalanya. Pernahkah Stephen tak teruja dalam semua perkara. Fayyad melangkah keluar dari biliknya. Tekaknya terasa haus. Lngkahnya dibawa ke vending machine yang terletak di luar asrama. Dua keping wang RM1 dimasukkan ke dalam mesin lalu dia memilih Nescafe Original untuk membasahi tekaknya. Fayyad melangkah ke arah kerusi batu yang berada di situ lalu kembali termenung.

Di tepi pagar asrama terdapat jalan raya yang sering sesak dengan kenderaan orang ramai. Tiba-tiba Fayyad ternampak akan kelibat manusia yang sedang berjalan menyusuri jalan itu. Gelap malam mnyukarkan Fayyad melihat dengan jelas. Apabila kelibat itu semakin hampir, Fayyad mula mengukir senyuman. Apabila memastikan keadaan sekeliling aman, Fayyad segera memanjat pagar besi yang mengelilingi asramanya.

"Cik....." panggil Fayyad separuh menjerit.

Gadis yang sedang berjalan menggunakan blind stick itu terus berhenti. Tali beg silangnya digenggam kemas. Takut juga jika ada orang jahat yang cuba merompaknya. Blind Stick miliknya juga digenggam erat.

"Err.. Cik. Saya lelaki yang bantu awak tempoh hari. Waktu awak hampir kemalangan tu." Fayyad menghampiri gadis itu.

"Ohh.. Maafkan saya encik. Saya ingatkan pencuri tadi." gadis itu membongkokkan tubuhnya.

"Panggil saya Fayyad ja. Cik pula?"

"Saya Ayara. Panggil Ara ja." jawab gadis itu.

Dengan selamba Fayad melambai-lambai tangannya di hadapan Ayara. Kemudian dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal memikirkan tindakannya yang seakan bodoh itu. Senyuman terukir.

"Awak tinggal mana Ara?" soal Fayyad.

Ayara menunjukkan ke arah seberang jalan. Fayyad ternampak sebuah rumah di situ lalu dia mengambil keputusahn untuk membantu Ayara pulang walaupun gadis itu menolak. Fayyad menggunakan alasan bahawa dia risau Ayara akan terlibat dengan kemalangan lagi. Sepanjang perjalanan, mereka berbual-bual.

"Fayyad, awak ni siapa ya. Maksud saya awak stay mana dan kerja apa?" soal Ara.

"Saya stay area sini juga. Tak kerja pun. Kaki lepak ja." jawab Fayyad bersungguh-sungguh. Selepas itu dia segera memimpin tangan Ayara melintasi jalan dan mereka tiba di hadapan rumah Ayara.

Keadaan rumah Ayara agak usang. Walaupun tinggal di tengah bandaraya Kuala Lumpur, masih ada lagi keluarga yang bernasib seperti itu. Tersentuh hati Fayyad melihat keadaan rumah Ayara. Dia teringat kembali keadaan hidupnya ketika di flat dahulu.

"Maaf Fayyad. Keadaan rumah saya sederhana saja. Saya tinggal dengan ummi saya. Ayah dah lama meninggal. Ibu pula sakit. Jadi saya terpaksa bekerja untuk meneruskan kehidupan. Susah untuk si buta seperti saya diterima bekerja di luar sana." ujar Ayara sambil duduk di hadapan pintu masuk rumahnya.

Fayyad menghampiri Ayara lalu mengusap kepala gadis malang itu. Air mata Ayara diseka dengan hujung jarinya.

"Tapi Fayyad, tujuan saya cerita pada awak bukannya nak suruh awak simpati pada saya. Saya ni kira bernasib baiklah sebab ada team buskers terima saya dalam team diorang. Ada lagi yang bernasib malang daripada saya." Ayara ketawa perlahan.

Fayyad tidak tahu kenapa dia mudah saja rapat dengan gadis itu. Selalunya dia susah untuk rapat dengan orang yang baru dikenalinya.

"Ara, awak buta sejak kecilkah?" soal Fayyad secara tiba-tiba.

"Tidak, saya kemalangan sewaktu berumur lima tahun. Doktor cakap mata saya boleh dirawat. Tapi waktu itu ayah dan ummi takda duit. Saya tak kisah sangat, yang penting saya tidak bebankan ibu bapa saya." ujar Ayara.

Selepas itu Fayyad pun meminta diri. Dia hampir lupa bahawa dia curi-curi keluar dari asrama sebentar tadi.

***

Fayyad membuka laci meja belajarnya. Sapu tangan yang diberi oleh Ayara tempoh hari disentuhnya. Di hujung sapu tangan itu terdapt nama Ayara yang dikait dengan benang berwarna emas. Dia tersenyum sendiri.

"Ayara Airish...." nama itu perlahan-lahan meniti di bibir Fayyad.

Lamunannya terhenti apabila telefon bimbitnya berdering. Panggilan daripada Joshua.

"Yoo bro. Jom lepak. Rindu plak dekat kau bro." ujar Joshua sambil ketawa.

"Kau jangan nak menggedik sangatlah. Datang ambil aku la. Aku tunggu tempat biasa." Fayyad menamatkan panggilan.

Baju sejuk yang nipis disarung ke tubuhnya. Kemudian Fayyad mengenakan air max di kakinya untuk memudahkan pergerakan. Bukan pergerakan saja, untuk memudahkan dia memanjat pagar untuk curi keluar dari asrama juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience